Infotainment

Microsoft Mengenalpasti Serangan Siber Dari Rusia Dan Korea Utara Menyerang Pembangun Vaksin Covid-19 – Amanz


Microsoft kini mengkritik penyerang siber yang menyasarkan syarikat-syarikat kesihatan. Melalui pemerhatian Microsoft, akhir-akhir ini mereka mendapati terdapat serangan siber dari Rusia dan juga Korea Utara yang menyasarkan tujuh syarikat yang terlibat dalam pembangunan dan kajian vaksin Covid-19.

Menurut Microsoft, beberapa kaedah serangan dilakukan dalam usaha untuk mencuri maklumat log masuk dan data pengguna.

Microsoft mengatakan mereka berjaya menghalang majoriti daripada serangan berkenaan menggunakan perlindungan sekuriti pada produk mereka. Microsoft telah memaklumkan semua organisasi yang diserang, dan menawarkan bantuan kepada yang menjadi mangsa.

Microsoft mengkritik serangan kepada syarikat-syarikat memfokuskan pembangunan vaksin dan juga menjurus kepada kesihatan ini, apatah lagi dengan ramai yang kini berusaha keras untuk menamatkan penularan Covid-19. Pemimpin dunia turut diminta bersama, dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan serangan siber.





Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo