Infotainment

Microsoft Perkenal Windows 365 – Sistem Operasi Yang Boleh Distrim Melalui Pelayar Web

Microsoft Perkenal Windows 365 – Sistem Operasi Yang Boleh Distrim Melalui Pelayar Web

Microsoft Perkenal Windows 365 – Sistem Operasi Yang Boleh Distrim Melalui Pelayar Web 1

Microsoft hari ini telah memperkenalkan Windows 365 secara rasminya, sekaligus membolehkan anda mengakses sistem operasi – sama ada versi Windows 10 atau Windows 11, melalui pelayar web.

Microsoft Perkenal Windows 365 – Sistem Operasi Yang Boleh Distrim Melalui Pelayar Web
Microsoft Perkenal Windows 365 – Sistem Operasi Yang Boleh Distrim Melalui Pelayar Web 5

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan anda mengakses sistem operasi Windows melalui pelayar web pada sebarang peranti, termasuk pada Mac, iPad, Linux, atau peranti Android. Microsoft mengatakan Windows 365 menyokong semua pelayar web moden pada hari ini. Selain pelayar web, pengguna juga boleh mengaksesnya melalui aplikasi Microsoft Remote Desktop.

Windows 365 ditujukan kepada pengguna perusahaan, dan hadir dengan pembayaran langganan bulanan. Ciri ini juga akan memudahkan anda mengakses sesi komputer anda pada sebarang peranti dengan mudah – sekaligus menyelesaikan tugasan pada bila-bila masa.

Windows 365 distrim melalui Azure Virtual Desktop. Perusahaan boleh menetapkan kuasa pemprosesan, memori sehingga 32GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Perusahaan juga boleh menjana Cloud PC dalam masa kurang seminit, dan memberikan akses kepada pekerja dengan mudah dan pantas.

Penawaran ini juga dijangka akan mengurangkan kos operasi syarikat, dimana tidak lagi memerlukan komputer dengan kuasa pemprosesan tinggi, selain memastikan sistem sentiasa selamat dan boleh diakses bila-bila masa.

Harga langganan untuk Windows 365 masih tidak diketahui lagi. Ia dijangka ditawarkan bermula Ogos kelak, sekaligus akan membuka dunia baharu yang membolehka anda mengakses sistem operasi Windows tanpa perlu menggunakan sebuah peranti yang khusus seperti pada hari ini.

Microsoft Perkenal Windows 365 – Sistem Operasi Yang Boleh Distrim Melalui Pelayar Web 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo