Infotainment

Mila Jirin Cadang Kerajaan Benarkan Individu Dah Swab Test Rentas Negeri

Mila Jirin Cadang Kerajaan Benarkan Individu Dah Swab Test Rentas Negeri 2

Kini Trending

Mila Jirin Cadang Kerajaan Benarkan Individu Dah Swab Test Rentas Negeri 3

Kes harian Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari seolah ‘petanda’ awal penganut Islam di Malaysia bakal dihalang daripada merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman merayakan sambutan Aidilfitri.

Di media sosial, ramai yang mula meluahkan rasa kecewa dengan beberapa keputusan kerajaan dalam menangani pandemik ini. Mana tidaknya, sudah beberapa bulan rakyat Malaysia tidak dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa ibu bapa dan keluarga tersayang melainkan atas urusan pekerjaan, kecemasan, dan pelancongan bagi sesetengah negeri.

Di Instagram, penyanyi, Mila Jirin memuat naik satu posting yang menunjukkan seorang ayah sedang menangis kerana terlalu rindu pada anak-anaknya. Menerusi video tersebut juga, salah seorang daripada anak warga emas itu cuba menenangkan ayahnya agar tidak menangis lagi. Tambah anak tersebut, suatu hari nanti mereka sekeluarga pasti berkumpul semula.

Sedih melihat video tersebut, Mila melontarkan pendapatnya agar kerajaan memberi kebenaran rentas negeri. Mila mencadangkan individu yang telah membuat swab test diberi kebenaran merentas negeri berjumpa ibu bapa.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) tak boleh ke buat SOP ‘wajib swab test dan negatif’ beri kebenaran apply rentas negeri balik rumah ibu bapa sahaja buat mereka yang betul-betul perlu balik. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu memikul.

Mila Jirin Cadang Kerajaan Benarkan Individu Dah Swab Test Rentas Negeri 5

Setuju, hargailah masa orang tua yang masih ada.

Kerinduan ibu bapa lebih mematikan daripada Covid-19.

Sedihnya rindu mak ayah dekat kampung dah. Harap ada berita gembira.

Rata-rata rakan artis dan netizen meninggalkan komen sedih bahawa mereka turut merasai perasaan warga emas tersebut. Malah, ada juga yang masih berharap bahawa pihak kerajaan akan mengumumkan berita yang baik tidak lama lagi.

Sumber: Mila Jirin


Mila Jirin Cadang Kerajaan Benarkan Individu Dah Swab Test Rentas Negeri 7

The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.



Mila Jirin Cadang Kerajaan Benarkan Individu Dah Swab Test Rentas Negeri 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo