Infotainment

Misteri Bayangan iPhone Di Lukisan Lama Berusia Lebih Dari 350 Tahun

Misteri Bayangan iPhone Di Lukisan Lama Berusia Lebih Dari 350 Tahun

Misteri Bayangan iPhone Di Lukisan Lama Berusia Lebih Dari 350 Tahun 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Misteri sebuah lukisan lama karya seniman Belanda Pieter de Hooch yang dianggarkan berusia lebih dari 350 tahun telah menjadi topik perbincangan orang ramai. Apa yang peliknya dengan lukisan ini adalah apabila sebahagian orang menganggap bahawa manusia yang ada di dalam lukisan tersebut memegang sesuatu yang sangat serupa dengan iPhone.

Lukisan yang berjudul “Lelaki Menyerahkan Surat kepada Wanita di Dewan Masuk Rumah” itu memaparkan seorang anak kecil di muka pintu bersama-sama dengan seorang wanita yang duduk di kerusi dan mengadap seorang lelaki yang memegang sesuatu yang kelihatan seperti alat komunikasi yang digunakan oleh hampir seluruh manusia pada zaman sekarang.

Gambar yang pernah tular pada 2016 ini juga mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook semasa dia berkunjung ke Rijksmuseum Amsterdam.  Ketika ditanya oleh Pesuruhjaya EU, Neelie Kroes mengenai lukisan mirip iPhone yang muncul dalam lukisan berusia berabad. Cook memberi komen bahawa dia sendiri terkejut ketika pertama kali melihat karya terbabit.

a0c1c395aa13

 

Dia menjelaskan bahawa lukisan tersebut telah menimbulkan tanda tanya buat dirinya. Katanya, dia tahu bila iPhone pertama kali dicipta di dunia, namun selepas melihat lukisan tersebut dia tidak begitu yakin adakah pengetahuannya mengenai iPhone itu betul.

Apa yang lebih misterinya mengenai lukisan berusia 350 tahun ini adalah bilamana Tim Cook sendiri tidak yakin bilakah iPhone dicipta atau siapakah identiti penciptanya.

Sebahagian pemerhati pula menyatakan bahawa itu adalah cara tipikal orang kaya yang berasal dari Amerika Syarikat memandang budaya Belanda dari sebuah lukisan yang berusia lebih ratusan tahun. Tambah pemerhati lagi, Tim Cook sebenarnya tidak tahu menghargai lukisan tersebut sehingga dia perlu menimbulkan kontroversi pada karya seniman Belanda abad ke-17.

screen-shot-2016-05-25-at-113046png

Tetapi setidaknya, persoalan nyata adakah iPhone sudah dicipta sejak 350 tahun itu menarik untuk diperbincangkan. Namun dari segi ilmiah, untuk mencari bukti adalah satu hal yang sukar. Setakat ini, tiada lagi ahli arkeologi yang mendakwa selama menelaah tapak kajian, mereka berjaya menjumpai teknologi lama yang mirip dengan iPhone atau semoden iPhone.

Yang paling jelas kini, iPhone dilancarkan pada tahun 2007 semasa Steve Jobs masih berada di pucuk pimpinan Apple. Jadi, kemungkinan besar subjek dalam lukisan itu sebenarnya memegang sepucuk surat dan bukanlah seorang pengembara masa yang berjaya menyeludup iPhone dan membawanya kembali ke tahun 1670.

Detak jantung Bumi, bunyi misteri yang datang setiap 26 saat. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Detak Jantung Bumi, Bunyi Misteri Yang Datang Setiap 26 Saat

Kitab Codex Gigas, Naskhah Kuno Penuh Misteri Yang Ditulis Oleh Iblis Pada Abad Ke-13

Penemuan Paling Mengejutkan, Misteri Menara Yang Dibina Dengan Tengkorak Manusia



Misteri Bayangan iPhone Di Lukisan Lama Berusia Lebih Dari 350 Tahun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo