Berita

Mohd Mustafa CEO baharu Matrade

Mohd Mustafa CEO baharu Matrade 2

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) melantik Mohd Mustafa Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) baharu, susulan persaraan Datuk Wan Latiff Wan Musa hari ini.

Dalam kenyataannya, Matrade berkata, Mohd Mustafa akan mengambil alih tanggungjawab baharu bermula esok.

Mohd Mustafa, sebelum ini adalah Timbalan CEO (Peningkatan Eksport) Matrade, mempunyai pengetahuan yang luas dalam perdagangan antarabangsa dan memegang pelbagai jawatan dalam organisasi, termasuk menerajui pasaran Asean dan Australasia, China dan Asia Timur Laut, Asia Tengah, Asia Barat, Asia Selatan serta Afrika.

Beliau turut menerajui bahagian Perkhidmatan Profesional dan Perniagaan serta bahagian Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan dan SME Go-Ex.

Selain itu, beliau terbabit secara aktif dalam pelbagai jawatankuasa bagi perdagangan dan pembangunan eksport untuk kemajuan ekonomi Malaysia.

Mohd Mustafa memulakan kerjayanya selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam dengan bermula di Kementerian Luar, diikuti Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri sebelum menyertai Matrade pada Jun 1994, apabila memainkan peranan penting dalam menggalakkan eksport.

Kemuncak kerjaya beliau termasuklah berkhidmat selama 14 tahun di luar negara sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di Paris, Dubai dan Tokyo, serta sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Kanan di New York dan Dubai untuk kali kedua.

Beliau mendapat kemahiran dan pengalaman yang luas dalam perdagangan antarabangsa.

Mohd Mustafa CEO baharu Matrade 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo