Infotainment

‘Most Wanted’, Ketahui 4 Warga Malaysia Yang Berada Dalam Senarai Merah INTERPOL

‘Most Wanted’, Ketahui 4 Warga Malaysia Yang Berada Dalam Senarai Merah INTERPOL 1

‘Most Wanted’, Ketahui 4 Warga Malaysia Yang Berada Dalam Senarai Merah INTERPOL 2

Polis Antarabangsa (INTERPOL) merupakan sebuah organisasi perhubungan antarabangsa yang ditubuhkan untuk menjalin kerjasama antara polis dari seluruh dunia dalam usaha untuk membanteras jenayah.

Badan bukan politik ini mempunyai keahlian dari 194 buah negara dan Malaysia adalah diantaranya. Organisasi ini tertumpu kepada jenayah keganasan, jenayah kemanusiaan, keselamatan orang awam, genosid, korupsi dan sebagainya.

INTERPOL melabelkan individu yang dikehendaki mengunakan kod notis berwarna. Notis merah membawa maksud individu tersebut merupakan individu yang dikehendaki sesebuah negara untuk pendakwaan atau menjalani hukuman berdasarkan waran tangkap atau keputusan dari mahkamah.

RedNoticeEnLR

SUMBER: INTERPOL

Berdasarkan data daripada INTERPOL setakat 11 November 2020, terdapat empat orang penjenayah warganegara Malaysia yang tersenarai sebagai ‘orang yang dikehendaki’. Siapakah empat individu tersebut dan apakah kesalahan mereka?

1. Sirul Azhar Umar

59700233

SUMBER: INTERPOL

Sirul Azhar Umar merupakan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan individu ini dikehendaki pihak berkuasa Malaysia di atas kesalahan berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sirul didapati bersalah bersama seorang lagi anggota UTK, Azilah Hadri di atas kes pembunuhan Altantuya pada 18 Oktober 2006 yang lalu.

2. Tan Lok Seng

59609903

SUMBER: INTERPOL

Individu seterusnya ialah Tan Lok Seng, seorang warganegara Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang. Lok Seng dikehendaki pihak polis Hong Kong di atas kesalahan penyelewengan wang sebanyak RM92.2 juta.

Lok Seng dipercayai menyeleweng dana tersebut bersama pembantunya, Grace Seow Yan Low yang turut berasal dari Pulau Pinang dan dikehendaki pihak INTERPOL dan juga seorang pengurus bank Standard Chartered dari Hong Kong yang bernama Zhang Cai Xing.

3. Kueh Koh Ing

60593908

SUMBER: INTERPOL

Individu seterusnya merupakan seorang ejen insurans yang bernama Kueh Koh Ing. Individu tersebut diburu pihak polis kerana didapati terlibat dengan tiga kes penipuan skim insurans yang memakan jumlah RM10,000.

Kes skim insurans Tokio Marine ini melibatkan penipuan terhadap Tan Chen Yiong yang disuruh mendepositkan jumlah wang tersebut untuk menyertai skim insurans yang tidak wujud itu.

4. Loo Soon Aik

57351942

SUMBER: INTERPOL

Individu terakhir ialah Loo Soon Aik. Individu ini dikehendaki pihak polis Singapura kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Suhardi Tan, seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai pengirim di syarikat pengurup wang pada tahun 2012 yang lalu.

Menurut sumber, mangsa ditikam di dada beberapa kali dan ditemui mati di tangga Raffles Place, Singapura.

Kenapa Jho Low tidak ada dalam senarai?

jho-low-1mdb

SUMBER: FMT

Umum diketahui, Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sedang diburu berikutan skandal 1MDB. Ramai yang hairan kenapa nama pelarian ini tidak tersenarai sebagai ‘orang yang dikehendaki’ di laman sesawang INTERPOL sedangkan kes beliau amatlah berat.

20181122N-1MDB-sign-Reuters-1050×591

SUMBER: NIKKEI ASIAN REVIEW

Jawapan tersebut sudah terjawab berdasarkan sebuah artikel dari Malaysiakini yang menjelaskan bahawa pihak INTERPOL mempunyai dua kategori senarai notis merah iaitu, satu yang didedahkan kepada orang awam dan satu lagi dihadkan kepada agensi penguat kuasa sahaja.

Menurut sumber media, nama Jho Low sudah pun disenaraikan dalam notis merah INTERPOL sejak Oktober 2016 lagi.

Cara untuk menyemak senarai individu dikehendaki INTERPOL

INTERPOL_General-Presentation_juin19_01-EN4 (1)

SUMBER: INTERPOL

Orang awam diberi akses untuk melihat butir-butir serta gambar penjenayah tersebut menerusi laman sesawang INTERPOL.

Untuk melihat butiran, anda hanya perlu mengisi butiran penjenayah seperti nama, umur, atau hanya dengan meletakkan kewarganegaraan penjenayah tersebut. Bagi melaporkan pula, anda boleh membuat sedemikian menerusi Urusetia INTERPOL.

Untuk membaca artikel berkenaan skandal 1MDB, klik pada pautan di bawah.

Netizen Angkat Nor Salwani Sebagai Hero Selepas Misi ‘Gila’ Bongkar Salah Laku 1MDB

Goldman Sachs Malaysia Mengaku Bersalah Atas Pertuduhan Kes Rasuah 1MDB




‘Most Wanted’, Ketahui 4 Warga Malaysia Yang Berada Dalam Senarai Merah INTERPOL 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo