Infotainment

Motosikal Lagi Besar Daripada Yang Menunggang, Cubaan ‘Wheelie’ Berbahaya Ini Buat Netizen Risau

Motosikal Lagi Besar Daripada Yang Menunggang, Cubaan 'Wheelie' Berbahaya Ini Buat Netizen Risau 1

Motosikal Lagi Besar Daripada Yang Menunggang, Cubaan 'Wheelie' Berbahaya Ini Buat Netizen Risau 2

Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian video menunjukkan individu dipercayai seorang kanak-kanak yang dirakam cuba membuat aksi merbahaya ketika menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Bukan sahaja tidak memakai topi keledar, tetapi telatah individu berkenaan yang dilihat lebih kecil daripada motosikal yang dinaikinya itu juga menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen.

Ia susulan tindakannya yang dilihat cuba membuat aksi ‘wheelie’ sebaik sahaja keluar daripada simpang ketika di penghujung video berkenaan.

photo_2020-11-09_16-13-04

Gelagat kanak-kanak berkenaan yang kelihatan mencuba aksi berbahaya

Maklumat lanjut dan laporan mengenai video berkenaan masih belum dikenal pasti namun terdapat papan tanda dengan jelas menunjukkan Kampung Paya Chegar dalam rakaman video yang tular di media sosial itu.

Walaupun pandangan itu mungkin dianggap biasa di sesetengah kawasan luar bandar dan kawasan kampung, namun netizen menjelaskan ianya masih berbahaya terutamanya dengan tidak memakai topi keledar dan cubaan aksi berbahaya yang dilakukannya.

Tidak kelakar tapi bahaya

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen mengenai video berkenaan berpendapat ibu-bapa seharusnya sentiasa memantau kegiatan anak-anak dan tidak membenarkan mereka menunggang motosikal atau memandu apa-apa kenderaan.

Perkara ini tambah mereka bukan sahaja berbahaya, tetapi ia turut melibatkan nyawa dan keselamatan orang ramai yang menggunakan jalan raya di kawasan berkenaan.

“Sepatutnya diajar tegas oleh ibubapa. Sebelum apa-apa terjadi kat budak kecil tu baik diajar; menyesal kemudian tiada makna lagi,” komen netizen.

Tambah seorang lagi netizen orang-orang dewasa yang lalu-lalang di kampung sepatutnya mengambil tindakan yang lebih cepat.

“Hubungi pihak keluarga budak itu sebelum terjadi insiden yang tidak diingini, bukannya ketawa dan menggalakkan,” jelasnya.

Insiden kanak-kanak bawah umur mengendalikan kenderaan bukanlah perkara baru tetapi sebelum ini terdapat juga laporan yang menceritakan bagaimana mereka ini didapati memandu kereta dan juga lori.

Baca lebih lanjut mengenai tindakan tidak bertanggungjawab ini yang pernah kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. 

Selepas Proton Saga, Tular Pula Kanak-Kanak Bawah Umur Memandu Lori Tangki

Benarkan Kanak-Kanak 9 Tahun Memandu Kereta, Pemilik Proton Saga Disaman Polis



Motosikal Lagi Besar Daripada Yang Menunggang, Cubaan 'Wheelie' Berbahaya Ini Buat Netizen Risau 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo