Berita

MPOB rangkul Anugerah MCY2020 | Harian Metro

MPOB rangkul Anugerah MCY2020 | Harian Metro 2

PENYELIDIK Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang menghasilkan produk agen pemplastik berasaskan sawit yang lebih selamat bagi pembungkusan makanan dan minuman berjaya meraih Anugerah Utama Tahun Pengkomersialan Malaysia 2020 (MCY 2020).

MPOB dalam kenyataan berkata, teknologi dibangunkan oleh Zulina Abdul Maurad itu meraih anugerah bagi kategori Anugerah Usahawan Penyelidik menggunakan oleokimia sawit sumber boleh diperbaharui bagi penghasilan agen pemplastik yang dapat mengurangkan kesan bahan kimia ke atas plastik bagi bungkusan makanan dan minuman.

Teknologi proses penghasilan agen pemplastik berasaskan sawit yang dipatenkan itu juga dapat meningkatkan penggunaan minyak sawit dan tambah nilai metil oleat sebagai agen plastik yang tidak toksik dan menggantikan dictyl phthalate (DOP) yang bersifat karsinogenik dan dilarang penggunaannya di negara tertentu.

Karsinogen ialah agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan sel barah.

“Agen pemplastik ialah bahan tambahan bagi meningkatkan keanjalan dan kelenturan bahan plastik dan merupakan bahan kimia yang sangat dicari untuk kegunaan pelbagai industri seperti automotif, perubatan dan barangan pengguna,” kata Zulina dalam kenyataan itu.

Produk agen pemplastik yang dibangunkan MPOB itu turut memenuhi syarat kualiti piawaian industri.

Menurut Zulina, agen pemplastik berasaskan sawit juga dapat digunakan dalam formulasi PVC bagi tujuan penghasilan pembalut plastik makanan, mainan plastik, tiub plastik, tayar, barang kulit sintetik dan lantai lamina.

Selain itu, plastik filem yang menggunakan agen pemplastik berasaskan sawit menunjukkan ketelusan filem yang lebih tinggi, pengurangan kesan statik dan sifat mekanikal yang bertambah baik daripada plastik filem berasaskan DOP.

Katanya, teknologi itu telah dikomersialkan oleh Magnechem Sdn Bhd dengan kapasiti pengeluaran agen pemp lastik berasaskan sawit sebanyak 100 tan metrik sebulan.

MPOB rangkul Anugerah MCY2020 | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo