Berita

‘Muafakat Nasional gagasan, bukan parti’

'Muafakat Nasional gagasan, bukan parti' 2

Pasir Gudang: Umno menyifatkan kegagalan Muafakat Nasional (MN) didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bukan masalah, sebaliknya wadah penyatuan Melayu dan Islam perlu diteruskan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun tidak berdaftar, MN akan meneruskan gagasan besarnya dalam menyatupadukan orang Melayu termasuk melindungi kedudukan serta kepentingan Melayu dan Islam.

Katanya, MN masih wujud dan berfungsi seperti biasa.

“Ini daripada awal semua sudah dinyatakan, MN adalah gagasan yang menyatupadukan, orang Melayu teras kepada masyarakat majmuk.

“Walau apa bentuk MN, tidak akan ada yang bertanding melalui MN. Apabila berdaftar dan menjadi parti politik ia akan terhad,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang di sini hari ini.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Rabu memberitahu, MN tidak dapat didaftarkan kerana nama itu didakwa sudah digunakan pihak lain dan perlu menukar nama lain jika mahu mendaftarkannya.

Mohamed Khaled berkata, walaupun tidak berdaftar, tidak bermakna MN tidak penting.

Ini kerana, katanya, ia satu wadah penyatuan, semua pihak boleh menyertainya termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) atau Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apa yang paling penting mereka perlu setuju teras politik negara ini adalah orang Melayu dan orang Melayu sebagai teras dalam masyarakat majmuk negara ini.

“MN tidak terhad kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sahaja. Sesiapa pun boleh sokong MN, ini termasuk DAP tetapi mereka kena bersetuju teras politik itu,” katanya.

'Muafakat Nasional gagasan, bukan parti' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo