Infotainment

Muat Naik Status Isu Rumah Tangga, Adira Doakan Hubungan Madu Dan Suami Baik-Baik Sahaja

Muat Naik Status Isu Rumah Tangga, Adira Doakan Hubungan Madu Dan Suami Baik-Baik Sahaja 2

Penyanyi kecil molek, Adira Suhaimi yang ditemui media berkata dia enggan mengulas dengan lebih mendalam mengenai isu melibatkan madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red yang ada meluahkan perasaan di Instagram Stories baru-baru ini.

Kata Adira, dia menganggap dan merasakan hubungan suaminya, Datuk Red bersama isteri pertamanya itu baik-baik sahaja.

Dia juga menjelaskan tidak mahu mengulas secara berlebihan tambahan lagi di media sosial kerana inginkan privasi apabila melibatkan hal keluarga.

“Saya tak mahu komen lebih, tapi saya rasa mereka (Datin Red dan suami) okay sahaja” ujar Adira.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kesempatan Bagimu itu memberitahu bahawa dia ada menyedari mengenai perkongsian madunya itu yang seolah-olah memberi bayangan terdapat konflik berlaku dalam rumah tangga mereka.

Walau bagaimanapun, Adira berkata dia hanya mendoakan yang terbaik buat rumah tangga suami dan isteri pertamanya itu.

“Sebenarnya, apa-apa hal keluarga saya akan tahu cuma saya tak mahu terlalu berkongsi kepada umum mengenainya. Saya bukan nak menyibuk tapi kadang-kadang perkara begini ada pihak lain yang berkongsikan dengan kita. Kadang-kadang peminat pun sendiri datang berkongsik info. Apa pun saya sentiasa doakan agar hubungan di sana kekal baik..”

Terdahulu, Adira dan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adna Abu telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan tiga orang cahaya mata manakala bersama Datin Red pula lima orang anak.





PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Muat Naik Status Isu Rumah Tangga, Adira Doakan Hubungan Madu Dan Suami Baik-Baik Sahaja 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo