Infotainment

Mufti WP Menjawab Hukum Penggunaan Shopee Pay Later – Terdapat Beberapa Isu Syariah Yang Timbul

Mufti WP Menjawab Hukum Penggunaan Shopee Pay Later – Terdapat Beberapa Isu Syariah Yang Timbul 1

Pada hari ini, terdapat sejumlah perkhidmatan BNPL (beli dulu bayar kemudian) yang hadir ke pasaran tempatan, dan salah satu yang popular adalah Shopee Pay Later atau SpayLater.

Melalui perkhidmatan ini, pengguna boleh melakukan pembelian sehingga suatu had belanja yang ditetapkan, dan melakuka pembayaran pada kemudian hari.

Terbaru, pihak Mufti WP telah menjawab berkenaan hukum penggunaan Shopee Pay Later. Menjawab mengenainya, Mufti WP mengatakan terdapat beberapa isu syariah yang timbul melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar pada sistem SpayLater, antaranya adalah:

  • Bagi kaedah pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan, tiada isu syariah padanya sekiranya pembayaran diselesaikan dalam tempoh sebulan sepertimana yang ditetapkan. Sebaliknya, sekiranya pelanggan lewat menyelesaikan bayaran dan dikenakan caj lewat bayar, maka berlakulah riba yang diharamkan Syarak.
  • Bagi kaedah pembayaran secara ansuran pula, terdapat dua isu Syariah padanya melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar. Hal ini kerana setiap caj pemprosesan dan caj lewat bayar yang dikenakan melebihi kos operasi dan kerugian sebenar adalah sebahagian daripada riba.
Mufti WP Menjawab Hukum Penggunaan Shopee Pay Later – Terdapat Beberapa Isu Syariah Yang Timbul
Mufti WP Menjawab Hukum Penggunaan Shopee Pay Later – Terdapat Beberapa Isu Syariah Yang Timbul 6

Mufti WP mengatakan isu syariah yang timbul adalah pada caj pemprosesan dan caj lewat bayar yang mempunyai unsur riba. Manakala bagi pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan, tiada isu syariah padanya kerana tiada unsur riba dan ia boleh digunakan.

Namun, sekiranya pelanggan lewat bayar dan dikenakan caj tambahan, maka berlakulah riba al-Qard. Umat Islam dilarang untuk terlibat dengan sebarang transaksi yang mempunyai unsur riba, kerana riba adalah haram dan berdosa besar.

Mufti WP Menjawab Hukum Penggunaan Shopee Pay Later – Terdapat Beberapa Isu Syariah Yang Timbul 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo