Artikel Terkini

Muhyiddin, Tengku Zafrul antara lembaga pengarah baharu Khazanah

Muhyiddin, Tengku Zafrul antara lembaga pengarah baharu Khazanah 1

Muhyiddin, Tengku Zafrul antara lembaga pengarah baharu Khazanah 2

Muhyiddin, Tengku Zafrul antara lembaga pengarah baharu Khazanah 3

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad mengumumkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah baharu, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Datuk Mohammed Azlan Hashim juga dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah yang baharu.

Pelantikan tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada hari ini dan berkuatkuasa serta-merta.

“Khazanah menyambut baik pelantikan tersebut dan akan bekerjasama rapat dengan Lembaga Pengarah yang baru dibentuk semula untuk terus memenuhi mandatnya sebagai dana kekayaan berdaulat Malaysia,” kata syarikat itu hari ini.

“Khazanah juga ingin mengumumkan peletakan jawatan YB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah, berkuatkuasa 25 Mac 2020,” tambah mereka lagi.



Muhyiddin, Tengku Zafrul antara lembaga pengarah baharu Khazanah 2

Source link