Berita

MUIP serah 55 van jenazah kepada masjid

MUIP serah 55 van jenazah kepada masjid 2

Pekan: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan 55 van jenazah bernilai RM7 juta kepada masjid di negeri ini dalam tempoh 10 tahun sejak 2010.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, setiap daerah kecuali Cameron Highlands layak menerima empat kenderaan berkenaan secara berperingkat selepas permohonan mereka diluluskan.

Menurutnya, selain masjid daerah, turut layak menerima van jenazah ialah masjid mempunyai jemaah ramai selain pengurusan pentadbiran cekap dan berjaya.

“MUIP hanya bertanggungjawab memberi kemudahan berkenaan dan tugas menguruskan termasuk penyelenggaraan van terbabit dilakukan sepenuhnya pihak masjid.

“Bantuan diberikan diharap dapat melancarkan lagi pengurusan jenazah untuk dihantar ke tanah perkuburan selain mengambil jenazah di hospital dan menghantar jenazah ke kampung asal atas permintaan ahli keluarga.

“Setiap tahun MUIP berusaha memenuhi permintaan jawatankuasa masjid yang memohon bantuan van jenazah,” katanya pada majlis penyerahan van jenazah kepada Masjid Kampung Pulau Serai, di sini, semalam.

MUIP serah 55 van jenazah kepada masjid 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo