Berita

‘Mungkin Covid-19, mungkin juga tidak’

'Mungkin Covid-19, mungkin juga tidak' 1

'Mungkin Covid-19, mungkin juga tidak' 2

Washington: Jutawan teknologi, Elon Musk memaklumkan dia berkemungkinan besar dijangkiti Covid-19, namun menerima keputusan ujian saringan yang berbeza daripada makmal berlainan.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc dan SpaceX berusia 49 tahun itu berkongsi perkara berkenaan di Twitter miliknya, dengan memberitahu mengalami gejala ringan.

Pada Jumaat, beliau melakukan empat ujian saringan dengan dua disahkan positif, manakala dua lagi negatif.

Musk yang memiliki 40 juta pengikut di Twitter berkata, simptom dialami ada turun naik seperti demam biasa tetapi dia menderita sakit badan dan pening yang ketara berbanding batuk dan selesema.

Dalam ciapan Twitter itu, beliau mempersoalkan ketepatan ujian rapid antigen yang dilakukan.

“Sesuatu tidak kena sedang berlaku. Melakukan empat kali ujian hari ini (Jumaat lalu) tetapi keputusannya, dua negatif, dua positif. Alat yang sama, ujian yang sama serta jururawat sama,” ciapnya.

Beliau juga dilapor menunggu keputusan ujian PCR (Polymerase Chain Reaction) yang diiktiraf mengikut standard epidemiologi dan banyak digunakan di seluruh dunia.

Pada Mac lalu, Musk pernah memuat naik kenyataan seolah memandang ringan pandemik itu ketika awal penularannya.

Covid-19 kini menjangkiti hampir 10.9 juta penduduk di Amerika Syarikat dan lebih 245,000 orang meninggal dunia dan 67,000 dirawat di hospital.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • 'Mungkin Covid-19, mungkin juga tidak' 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo