Infotainment

Murid SRA Tetap Duduki Peperiksaan UPKK Dalam Banjir Undang Kerisauan

Murid SRA Tetap Duduki Peperiksaan UPKK Dalam Banjir Undang Kerisauan
Murid SRA Tetap Duduki Peperiksaan UPKK Dalam Banjir Undang Kerisauan 1

Murid SRA Tetap Duduki Peperiksaan UPKK Dalam Banjir Undang Kerisauan

Pada Khamis, tular di media sosial apabila murid-murid dari Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang terpaksa menduduki peperiksaan Ujian Kelas KAFA (UPKK) dalam keadaan kelas dinaiki air sehingga paras betis akibat hujan lebat.

Artikel Berkaitan: Ini Beberapa Kategori Yang Korang Boleh ‘Claim’ Sekiranya Terkesan Akibat Banjir

Artikel Berkaitan: Buat Wedding ‘Outdoor’ Atas Bangunan, Raja Sehari Redha Hujan Lebat

Lengkap berpakaian seragam sekolah

Murid SRA Tetap Duduki Peperiksaan UPKK Dalam Banjir Undang Kerisauan 3

Menerusi video-video yang dikongsikan di media sosial juga, jelas kelihatan murid-murid tersebut dengan lengkap berpakaian seragam sekolah terpaksa ‘berendam kaki’ kerana dilanda banjir pada minggu peperiksaan.

Walaupun ada yang memuji semangat tinggi murid-murid serta tenaga tersebut yang sanggup menduduki peperiksaan dalam kelas yang dinaiki air akibat hujan, terdapat segelintir yang meluahkan kerisauan mereka.

‘Kita tak tahu apa ada dalam air’

Murid SRA Tetap Duduki Peperiksaan UPKK Dalam Banjir Undang Kerisauan 4

Ini kerana, sebahagian daripada netizen menegaskan bahawa peperiksaan tersebut sepatutnya ditangguhkan kepada tarikh yang lebih sesuai dengan keadaan cuaca agar tidak menjejaskan fokus murid-murid.

Malah, ada yang mengatakan bahawa air banjir itu juga mengandungi bendasing yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar malah boleh mengundang penyakit kepada murid-murid berkenaan.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan mengenai hujan lebat dijangka akan berterusan selama tiga hari berturut-turut di sekitar Lembah Klang dan juga Pantai Timur bermula 1 Disember.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Murid SRA Tetap Duduki Peperiksaan UPKK Dalam Banjir Undang Kerisauan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo