Infotainment

“Mustahil Nak Lakukan Babak Kahwin Dengan Jarak Empat Meter”

“Mustahil Nak Lakukan Babak Kahwin Dengan Jarak Empat Meter”
"Mustahil Nak Lakukan Babak Kahwin Dengan Jarak Empat Meter" 1

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai video memaparkan adegan mesra antara Emma Maembong dan Shah Jaszle ketika menjalani penggambaran drama berjudul Mati Pucuk.

Memetik mStar Online, pengarah drama tersebut iaitu Michael Ang berkata dia tidak mengetahui mengenai penularan video itu.

BACA: Menari Sambil Peluk, Aksi Mesra Emma Maembong & Shah Jaszle Dikritik

“Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini sebab tidak tahu apa-apa malah tidak melihat sebarang video seperti diperkatakan,” katanya.

Bagaimanapun, Michael menjelaskan Emma dan Shah mengenakan busana pengantin bagi menjayakan salah satu babak perkahwinan dalam drama tersebut. Jelasnya, mereka perlu dilihat mesra bagi menjayakan watak yang dilakonkan seperti pasangan yang baru berkahwin.

“Memang mereka ketika itu sedang menjalani penggambaran babak sesi fotografi perkahwinan. Mustahil kita hendak melakukan babak perkahwinan dengan jarak empat meter,” katanya.

Dalam pada itu, Michael enggan mengulas lanjut mengenai kritikan netizen berhubung aksi mesra kedua pelakon itu yang yang dikatakan melampaui batas memandangkan mereka sudah berkahwin.

“Saya tak tahu apa-apa, kalau ada video itu mereka rekod sendiri, tiada kena mengena dengan saya. Sekiranya tak mahu melihat, tonton siaran TV Al-Hijrah,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan Emma dan Shah Jaszle berpelukan mesra sambila menari mengenakan busana pengantin menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Kemudian, muncul pula video mendakwa Emma menepuk punggung pelakon lelaki itu sehingga mengundang kritikan ramai.


"Mustahil Nak Lakukan Babak Kahwin Dengan Jarak Empat Meter" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list