Infotainment

#MyDigital – Perkhidmatan 5G Boleh Dinikmati Secara Berperingkat Bermula Penghujung Tahun 2021 Ini – Amanz

#MyDigital – Perkhidmatan 5G Boleh Dinikmati Secara Berperingkat Bermula Penghujung Tahun 2021 Ini – Amanz 2

Hari ini, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, sekaligus berkongsi sejumlah perkara yang dijangka untuk dicapai menjelang 2030.

Mengikut pelan #MyDigital, ia disasarkan menjelang 2025 kelak, ekonomi digital akan menyumbang pendapatan sebanyak 22.6% KDNK negara, dan menjana sekitar 500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital.

Selari dengannya juga, salah satu usaha yang dilakukan adalah memperkembangkan rangkaian telekomunikasi dalam memudahkan capaian oleh pengguna.

Untuk tujuan berkenaan, dibawah program JENDELA, rangkaian internet dijangka akan dikembangkan supaya mencapai 100% kawasan berpenduduk di Malaysia secara berperingkat.

PM juga turut menyentuh berkenaan dengan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

Menurut PM, teknologi 5G akan dapat mula dinikmati oleh rakyat Malaysia secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2021 ini.

Pengumuman ini memperlihatkan pelaksanaan yang lebih pantas berbanding sasaran sebelum ini yang menyasarkan ia sekitar penghujung 2022 atau awal 2023.

Mengikut sasaran awal sebelum ini, kerajaan menyasarkan untuk menawarkan rangkaian 5G untuk sektor industri terlebih dahulu sebelum menawarkan ia kepada orang awam. Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada pengumuman ini memfokuskan kepada penawaran rangkaian 5G untuk sektor industri atau pengguna awam – atau kedua-duanya serentak.

Apa pun, dengan pengumuman terbaru ini, kita akan melihat pembahagian spektrum dan persediaan syarikat telekomunikasi untuk memperkenalkan rangkaian 5G ini.

PM mengatakan semua syarikat telekomunikasi berlesen akan mendapat akses infrastruktur yang sama rata dalam memasarkan perkhidmatan 5G kepada pelanggan.

#MyDigital – Perkhidmatan 5G Boleh Dinikmati Secara Berperingkat Bermula Penghujung Tahun 2021 Ini – Amanz 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo