Berita

Nafuzi sedia terus pacu TFC

Nafuzi sedia terus pacu TFC 1

Nafuzi sedia terus pacu TFC 2

Kuala Terengganu: Jurulatih Nafuzi Zain mengesahkan beliau sedia terus membimbing pasukan Terengganu FC (TFC) pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan sekiranya diberi peluang.

“Jika diberi peluang membimbing pasukan TFC musim depan, saya memang akan menerimanya untuk meneruskan kesinambungan membentuk pasukan sebagaimana sebelum ini,” katanya yang dibantu Subri Sulong dan Rosdi Talib mengemudi skuad itu musim ini.

“Bagaimanapun, saya serahkan kepada pengurusan untuk menyelesaikan kedudukan pemain dan pegawai kerana kita tahu kontrak pemain pun akan berakhir pada bulan ini. Begitu juga dengan saya, pada tahun ini.”

Nafuzi yang berjaya membawa TFC mara ke pentas Piala AFC musim depan selain menduduki tangga ketiga Liga Super musim ini bagaimanapun tetap menerima dengan hati terbuka jika khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Beliau yang pernah berguru dengan bekas jurulatih TFC sebelum ini, Irfan Bakti Abu Salim selama dua musim bermula 2018 mengakui tugasnya membimbing pasukan itu belum selesai kerana mahu meneruskan kesinambungan membentuk pasukan benar-benar mantap terutama sebelum beraksi ke pentas Asia.

Ketika ditanya pemilihan TFC beraksi dalam pentas Asia 2021 selepas lapan tahun menanti, jurulatih berusia 42 tahun itu yang pernah membantu Terengganu menjulang Piala Malaysia pada 2001, meluahkan nada gembira kerana impian semua pihak sudah tercapai.

Namun katanya, untuk bersaing di peringkat Asia, rombakan ke atas pasukan perlu dilakukan bagi memastikan ia benar-benar bersedia.

Nafuzi sedia terus pacu TFC 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo