Infotainment

Naim Daniel Nasihatkan Janna Nick ‘Hilangkan Diri’ Seketika

Naim Daniel Nasihatkan Janna Nick 'Hilangkan Diri' Seketika 2

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pelakon dan pengacara Janna Nick diserang netizen dan peminat K-Pop apabila didakwa mempersendakan Lisa Blackpink dengan menulis ‘Lisa Blackpig’.

Isu melibatkan Janna itu mendapat perhatian penyanyi Naim Daniel yang menasihatkan agar pelakon itu ‘menghilangkan diri’ daripada media sosial buat sementara waktu sehingga semuanya kembali reda.

BACA: “Tak Masuk Akal Saya Gelar Lisa Blackpink Dengan Nama Mengaibkan”

Pernah berdepan pengalaman sama apabila dihentam hebat oleh peminat kumpulan Blackpink, Naim berkata itu adalah langkah terbaik buat Janna.

“Saya pernah lalui situasi sama, dapat berpuluh ribu komen tapi saya ambil pendekatan untuk berdiam diri sahaja. Jangan pula bila ada api, kita balas dengan minyak,sebaiknya simbah dengan air.

“Sebenarnya orang nak tengok kita melatah, kalau kita melatah memang orang tepuk tangan. Perkara itu akan makan diri kita balik.

“Jadi saya rasa ia adalah tindakan yang baik Janna ambil masa ini untuk cool down daripada media sosial buat sementara waktu untuk reflek balik, itu yang penting,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sembah itu juga turut mengingatkan selebriti lain supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan serta berharap agar urusan Janna dipermudahkan.

“Kita tak tahu kata-kata yang kita ucapkan boleh memberikan kesan kepada orang, oleh itu kalau tiada benda baik yang nak dicakap, lebih baik kita diam sahaja. Saya juga harap semua urusan Janna dipermudahkan.

“Saya tahu tiada orang sempurna dalam dunia ini, begitu juga dengan artis. Kami tidak sempurna, kami pun ada cela masing-masing cuma janganlah kita sendiri yang membuka pekung itu,” katanya.

Terdahulu, Naim pernah dikecam peminat Blackpink apabila menyunting foto dirinya bersama salah seorang anggota kumpulan Black Pink iaitu, Rose di Instagram.



Naim Daniel Nasihatkan Janna Nick 'Hilangkan Diri' Seketika 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo