Infotainment

Najib Razak Cadang Skim i-Survive

Najib Razak Cadang Skim i-Survive

Najib Razak Cadang Skim i-Survive 1

July 5th, 2021 | by Shira

Kini Trending

Najib Razak Cadang Skim i-Survive 2

Foto: The Straits Times

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun Facebook rasmi miliknya telah berkongsi satu hantaran mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu skim yang dikenali dengan i-Survive bertujuan untuk memberi pinjaman sebanyak RM5k kepada rakyat Malaysia menerusi bank terpilih.

Najib Razak Cadang Skim i-Survive 4

Foto: Business Insider

Dalam perkongsian tersebut, Datuk Seri Najib memaklumkan bahwa tidak semua rakyat Malaysia mempunyai simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Malah bantuan seperti BPR, GKP dan skim I-Citra juga seakan mengecewakan ramai orang lebih-lebih lagi bagi mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh hal demikian, beliau mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan skim i-Survive berjumlah RM5,000 dengan mengenakan kadar faedah yang rendah iaitu sebanyak 3%. Skim ini juga boleh dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia yang berusia 18 dan ke atas  yang berdaftar dengan LHDN.

Mohon hari ini, automatik mendapat kelulusan tanpa perlu sebarang penilaian permohonan. Wang RM5,000 masuk akaun tiga hari kemudian. Skim ini:

Dijamin penuh oleh kerajaan. Jaminan kerajaan tidak masuk dalam pengiraan nisbah hutang atau defisit tahunan bajet kerajaan. Tempoh bayaran balik ialah sehingga tahun kemudian dan hanya akan mengenakan faedah 3% setahun atau RM150 setahun atau maksima RM450 untuk keseluruhan tempoh 3 tahun dan tiada ansuran bulanan.

Najib Razak Cadang Skim i-Survive 6

Sekadar gambar hiasan

Sekiranya ada rakyat yang tidak mampu untuk membayar semula skim i-Survive, maka pihak kerajaan akan memotong separuh daripada wang bantuan BR1IM, BPN atau BPR untuk melangsaikan pinjaman tersebut.

Peminjam yang mampu bayar balik setelah ekonomi memulih, digalakkan untuk langsaikan sepenuhnya sahaja. Bank juga tidak akan rugi sebab kerajaan akan bantu melangsaikan sebahagian hutang setiap tahun serta menjamin keseluruhan jumlah pinjaman.

Tambah, Datuk Seri Najib dengan pelaksanaan i-Survive ini bukan sahaja dapat membantu rakyat Malaysia dari segi kewangan tetapi ianya secara tidak langsung mampu membantu merancakkan ekonomi tempatan. Malah, kerajaan turut mendapat manfaat dari segi jumlah rakyat Malaysia yang mendaftar di LHDN.

Sumber: Datuk Seri Najib


Najib Razak Cadang Skim i-Survive 8

The following two tabs change content below.



Najib Razak Cadang Skim i-Survive 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo