Artikel Terkini

Nak Belajar Cara Uruskan Kewangan? Ikut 7 Nasihat Padu Robert Kiyosaki Ni

Nak Belajar Cara Uruskan Kewangan? Ikut 7 Nasihat Padu Robert Kiyosaki Ni
Nak Belajar Cara Uruskan Kewangan? Ikut 7 Nasihat Padu Robert Kiyosaki Ni 1

Kalau korang jenis rajin membaca, Tok rasa nama Robert Kiyosaki ni dah cukup famous dah untuk korang kenal.

Sebagai pakar dalam bab pengurusan kewangan, beliau dikenali ramai hasil buku Rich Dad Poor Dad yang meletop di pasaran antarabangsa. Hingga kat Malaysia ni pun ada orang translate-kan ke BM.

Kiyosaki ni bukan menulis je, beliau juga antara sifu kewangan terbaik antarabangsa yang dah tolong ramai orang uruskan kewangan diorang dengan baik.

Hingga hari ini, beliau masih belum berhenti atau rasa penat untuk kongsi ilmu padu tentang kewangan. Korang boleh pergi lihat channel YouTube The Rich Dad Channel ni kalau korang minat.

So hari ni Tok nak kongsi dengan korang 7 nasihat evergreen tentang cara uruskan kewangan dari Kiyosaki. Tok pasti dengan tips ni, korang boleh manfaatkan sampai bila-bila, insyaAllah.

#1: Ilmu uruskan kewangan adalah kunci utama kekayaan semua orang

Robert Kiyosaki pernah kata:

“Saya cukup ghairah (passionate) mengajar dan bagi orang lain pandai uruskan kewangan mereka.”

Sebab itu, Kiyosaki mencipta mainan berpapan (board game) Cashflow dan kongsikan ilmu dengan wujudkan syarikat Rich Dad, supaya beliau dapat kongsikan macam-macam ilmu kewangan kat orang ramai.

Permainan ini seperti permainan Monopoly. Cuma, ia cukup realistik. Sebab ia direka berdasarkan senario masalah kewangan kat dunia sebenar.

Jadi, sambil korang main, korang akan belajar sekali selok-belok dan ilmu berguna tentang pengurusan kewangan. Dan ilmu seperti ini 100% tak akan buatkan korang rugi.

Korang sentiasa boleh tambah ilmu dan belajar dengan membaca buku, berguru dengan mentor yang bertauliah, atau datang ke kelas atau seminar kewangan.

Yang penting, belajar dan terus belajar dan perkasakan diri dengan ilmu kewangan yang baik.

Tambah Kiyosaki lagi:

“Ilmu yang baik akan jadikan kita bersedia untuk hadapi segala kemungkinan pada masa depan, tak kira baik atau buruk, dalam mencapai status bebas masalah kewangan.”

#2: Elakkan diri jadi hamba duit

Tak ada siapa yang ambil kisah pasal kewangan korang, melainkan diri korang sendiri. Setuju tak dengan ayat ini?

Dan sepatutnya, kita yang jadikan duit sebagai hamba. Bukan sebaliknya.

Kalau kita pandai simpan dan uruskan duit, kita boleh gandakan duit itu secara automatik, tanpa perlu kita bekerja.

Tak ada siapa yang nak bekerja mencari duit sampai ke tua. Dah tua nanti (dengan izin Allah S.W.T), patutnya kita dah boleh berehat dan luangkan masa bersama anak cucu, dan nikmati kehidupan yang bebas masalah kewangan.

Kiyosaki juga menambah:

“Mula bertanggungjawab uruskan kewangan, atau bersedia menjadi hamba duit sepanjang hidup anda.”

Siapa yang sanggup jadi hamba duit? Tentu korang tak nak kan? Jadi, mula belajar untuk jadikan duit sebagai ‘hamba’ korang.

uruskan-kewangan

#3: Sentiasa bayar ‘gaji’ kat diri sendiri

Bila kita buat sesuatu bajet, tak bermakna kita cuma nak bayar segala bil yang ada.

Dan ia pula bukanlah bagi lesen kat diri sendiri, untuk berbelanja macam orang tak ada pedoman.

Maksud Kiyosaki adalah, buat satu bajet khas untuk ketepikan sejumlah duit untuk dibuat pelaburan. Ini maksud ‘gaji’ yang disebut kat atas tadi.

Masa Kiyosaki dan Kim (isteri beliau) baru berkahwin, mereka sangat komited untuk melabur. Setiap bulan, mereka akan simpan sebahagian pendapatan sebagai bajet untuk dibuat pelaburan.

Duit ini, mereka gunakan untuk membeli aset supaya dapat menjana pendapatan pasif yang positif. Dan tak pernah salah untuk korang gunakan strategi ini.

#4: Sediakan diri dengan pelan kecemasan

Dalam situasi ekonomi yang tak stabil sekarang, kita sentiasa ada potensi untuk hilang atau dibuang kerja. Ini adalah hakikat pahit yang kita kena telan.

Selain itu, kita tak tahu masalah lain yang tak diundang akan datang seperti jatuh sakit (masalah kesihatan), kenderaan rosak,  atau macam-macam lagi masalah lain yang berkaitan.

Sebagai langkah persediaan, kita boleh mencipta pelan kecemasan dan buat simpanan khas supaya kita tak kelam-kabut bila masalah ini datang secara tiba-tiba.

Kiyosaki kongsikan pandangan bernas beliau tentang ini:

“Situasi kecemasan yang tak diduga akan menggangu emosi secara negatif.

Bila kita beremosi, kita tak boleh berfikir secara tenang dan waras.”

Jadi, lebih baik kita sediakan diri sebelum perkara buruk seperti ini terjadi. Bak kata pepatah orang tua:

“Takkan dah rasa nak buang air, baru nak korek lubang?”

#5: Guna duit untuk tambah aset

Rasanya semua dah sedia maklum yang liabiliti seperti kereta, pakaian mahal, dan bercuti kat luar negara tak bagi manfaat kat kewangan kita.

Yang terbaik kita boleh buat adalah gunakan duit untuk menambah aset (seperti hartanah), supaya kita boleh menjana pendapatan untuk jangka masa panjang.

Kiyosaki juga ingatkan, rumah (yang kita duduk) tak dikira sebagai sebuah aset.

Selagi kita perlu keluarkan sejumlah duit untuk menanggung rumah itu, seperti yuran utiliti, cukai, insurans, penyelenggaraan dan sebagainya, ia masih dikira sebagai liabiliti.

Dalam bahasa mudah, aset adalah perkara yang menambah jumlah duit dalam akaun bank kita. Ini adalah satu perkara yang ramai orang tak tahu dan salah anggap.

#6: Tahu bezakan antara “hutang baik” dan “hutang tak baik”

Mungkin ini satu perkara yang bertentangan dengan apa yang kita selalu fikirkan.

Kiyosaki kata, tak semua hutang adalah hutang yang tak baik dan bermanfaat.

“Langkah pertama dalam strategi berhutang adalah fahamkan beza antara “hutang baik” dan “hutang tak baik”.” – Robert Kiyosaki

Sebagai contoh, gadai janji untuk membeli hartanah yang boleh disewakan adalah “hutang baik” yang boleh kita buat. Sebab ia akan menjana pendapatan pasif untuk kita setiap bulan.

Hutang kad kredit pula antara salah satu contoh “hutang tak baik.” Ini sebab ia akan jadi beban kat kita, dan tak berikan kita untung langsung. Lagi perhabis duit kita adalah.

Kiyosaki kongsikan pengalaman beliau kat bawah ini:

“Kim dan saya pernah ada banyak “hutang tak baik” ini, dan kami uruskan ia secara sistematik.

Dan kami tak tambah hutang ini selepas dah berjaya selesaikan semuanya.”

Dan ini nasihat Kiyosaki tentang “hutang baik” yang bermanfaat untuk kita hadam:

“Saya dan Kim sentiasa mencari jalan baru dan kreatif untuk gunakan “hutang baik”, supaya ia membantu bisnes dan pelaburan hartanah yang kami buat.

Tak salah gunakan hutang jenis ini, selagi ia menambah duit dalam akaun kita.”

#7: Bekerjasama dengan orang yang berkongsi matlamat dengan kita

Untuk berjaya, kita sentiasa perlukan sokongan. Terutama sekali bila ia berkaitan tentang perniagaan dan pelaburan.

“Wang penting untuk kekayaan, tapi ia hanyalah sebuah komponen saja”, jelas Kiyosaki.

“Yang membantu kita berjaya mencapai kekayaan, adalah berjuang bersama-sama dengan orang yang sama matlamat dengan kita.”

Kalau kita tengok orang kaya, mereka semua ada tim tersendiri. Mustahil mereka boleh berjaya kalau bekerja seorang diri.

Nak cepat berjaya? Cari orang yang sama mentaliti dengan kita, dan bekerja dengan mereka. Dengan ini, kita boleh bertukar pendapat dan pandangan supaya bisnes atau pelaburan menjana lebih banyak untung.

Nak berjaya ni bukannya senang. Kita sendiri kena selalu rasa ‘lapar ilmu’ untuk paksa diri kita jadi lebih baik. Lagi banyak kita timba ilmu, lagi cepat kita akan dapat capai kejayaan, insyaAllah.

Semoga semua nasihat Robert Kiyosaki tadi ni korang simpan betul-betul dalam minda untuk korang manfaatkan nanti. Tok doakan semoga korang capai matlamat kewangan korang, ameen.

Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi ilmu hartanah dan kewangan, Tok nak ajak korang join webinar percuma saudara Faizul Ridzuan ni. Kat sini, beliau akan kongsi banyak ilmu ‘mahal’ walaupun kelas yang korang sertai tu free je. Kalau minat, klik je gambar di bawah untuk join.

POSTER SUNDAY SESSION 3 930X180 4
Nak Belajar Cara Uruskan Kewangan? Ikut 7 Nasihat Padu Robert Kiyosaki Ni 7

Nak Belajar Cara Uruskan Kewangan? Ikut 7 Nasihat Padu Robert Kiyosaki Ni 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list