Artikel Terkini

Nak Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islam atau Pinjaman Konvensional? Jom Kita Review

Nak Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islam atau Pinjaman Konvensional? Jom Kita Review 1

Nak Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islam atau Pinjaman Konvensional? Jom Kita Review 2

Kaji selidik yang
dijalankan CUEPACS pada Januari 2020 yang lalu dan diterbitkan menerusi Berita
Harian menunjukkan 53% daripada penjawat awam belum memiliki rumah.

Faktor paling
popular ialah tempoh pinjaman yang terlalu lama, margin kewangan, ansuran
bulanan, kadar pinjaman dan masalah wang pendahuluan.

Laporan ini agak
mengejutkan kerana penjawat awam mempunyai pelbagai skim dan bantuan yang
membolehkan mereka memiliki rumah.

Baca : Membuat Pinjaman Adalah Sesuatu Yang Baik?

Namun begitu, ada
juga segelintir masyarakat Malaysia yang masih tidak membeli rumah sungguhpun
layak dan mampu kerana masih tidak faham perbezaan dan faedah antara pinjaman
Islamik dan konvensional.

Sebenarnya, sejarah
perbankan Islam dan prinsip syariah di Malaysia telah bermula semenjak tahun
1983 lagi dengan penubuhan Bank Islam.

Produk perbankan
Islam menjadi semakin meluas bermula tahun 1993 apabila bank perdagangan, bank
saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan produk-produk
dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF).

Baca : Nak Tingkatkan Pemilikan Hartanah Bumiputera? Ini Caranya

Artikel kali ini akan menerangkan perbezaan pembiayaan Islamik dan pinjaman konvensional supaya anda khususnya pembeli rumah tidak membuat kesilapan dalam memilih jenis pinjaman bagi pembiayaan hartanah anda kelak.

Nak Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islam atau Pinjaman Konvensional? Jom Kita Review 3
Nak Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islam atau Pinjaman Konvensional? Jom Kita Review 7

Ramai orang ingat
pinjaman Islam hanya untuk peminjam beragama Islam sahaja.

Anggapan ini
ternyata salah kerana orang bukan Islam juga boleh memohon pinjaman Islam
dengan syarat pekerjaan peminjam dianggap ‘halal’.

Sebagai pemula,
untuk memahami konsep pinjaman Islamik, pihak bank akan menggunakan istilah –
istilah seperti house financing, ASB financing dan hire purchase financing
untuk pembiayaan pinjaman.

Baca : Jom Semak Kelayakan Rumah Dari 17 Bank Di Malaysia

Kadar faedah pula
menggunakan istilah profit rate dan perlindungan adalah di bawah takaful.

Manakala untuk
pinjaman konvensional, pihak bank akan menggunakan istilah – istilah housing
loan, ASB loan dan hire purchase loan untuk pembiayaan pinjaman.

Kadar faedah pula
kekal kepada interest rate dan perlindungan menggunakan istilah insurans.

Untuk lebih memahami perbezaan antara kedua – dua jenis produk pinjaman ini, kita akan review perbezaannya menerusi kontrak, keuntungan, aset, amaun yang perlu dibayar, pemilikan aset, kelewatan pembayaran, penyelesaian awal dan insurans.

Jom kita tengok 8 perbezaan pembiayaan perumahan Islam dan pinjaman perumahan konvensional

1. Kontrak

Pinjaman Islam :
Kontrak pembiayaan perumahan adalah menerusi Bai’ Bithaman Ajil (BBA) atau
Musyarakah Mutanaqisah.

Pinjaman
Konvensional : Hanya ada satu kontrak yaqni kontrak pinjaman rumah sahaja.

2. Keuntungan

Pinjaman Islam :
Terhasil daripada jualan atau pajakan hartanah tersebut.

Pinjaman
Konvensional : Terhasil daripada faedah atas transaksi pinjaman rumah.

3. Aset

Pinjaman Islam :
Komoditi atau aset yang dibenarkan mengikut syarak sahaja.

Pinjaman
Konvensional :  Tiada syarat dalam
komoditi dan aset. (bebas)

4. Amaun Yang Perlu Dibayar

Pinjaman Islam :
Amaun adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan atau dikurangkan / diberikan
rebat sekiranya pelanggan membayar keseluruhan pembiayaan lebih awal.

Pinjaman
Konvensional : Amaun akan berubah mengikut perubahan Kadar Pinjaman Asas (Base
Lending Rate ‘BLR’)

5. Pemilikan Aset

Pinjaman Islam :
Harus dimiliki oleh penjual atau dipajakkan kepada pelanggan yang membeli
secara beransur – ansur daripada bank.

Pinjaman
Konvensional :  Milik bank selagi
pinjaman tidak dilunaskan.

6. Kelewatan Pembayaran

Pinjaman Islam :
Peminjam akan dikenakan gantirugi (ta’widh).

Pinjaman
Konvensional : Penalti dalam bentuk ‘compounding’ akan dikenakan.

7. Penyelesaian Awal

Pinjaman Islam :
Peminjam layak mendapat ‘ibra’ (rebat) ke atas harga jualan sekiranya
pembiayaan berjaya diselesaikan lebih awal daripada jadual pembayaran balik
tanpa dikenakan sebarang penalti.

Pinjaman
Konvensional : Ada penalti sekiranya peminjam membuat penyelesaian awal dalam
‘lock in period’.

8. Perlindungan

Pinjaman Islam :
Tertakluk kepada Takaful.

Pinjaman Konvensional : Tertakluk kepada Insurans Konvensional.

Kelebihan Pembiayaan Islam Untuk Hartanah

  1. Terdapat diskaun sebanyak 20% duti setem untuk dokumen Perjanjian Pinjaman Islam.
  2. Pengecualian 100% duti setem bagi refinancing daripada pinjaman konvensional kepada pinjaman Islam ke atas baki pinjaman sedia ada.

Kelebihan Pinjaman Konvensional Untuk Hartanah

  1. Sekiranya peminjam ingin mengubah syarat Perjanjian Pinjaman,  dokumen hanya perlu di kemas kini dan membayar duit setem.
  2. Lebih mudah untuk membuat refinancing berbanding Pinjaman Islam.
  3. Kos untuk pembayaran awal, pembayaran lewat dan sebagainya adalah lebih telus dalam Perjanjian Konvensional.

Baca : Cara Mudah Nak Convert Akaun Simpanan Konvensional Maybank Ke Akaun Islamik, Buat Online Je

Sebenarnya, kedua-dua pinjaman telah pun mencapai satu tahap kematangan di mana tidak banyak perbezaan antara kedua – dua pinjaman. Boleh jadi faedahnya adalah lebih sedikit berbanding pinjaman satu lagi.

Ada peminjam yang
ingin lebih faedah dan meminjam menerusi Pinjaman Konvensional. Ada peminjam
yang khawatir dengan isu halal haram maka dipilihnya Pinjaman Islam.

Baca : 5 Jenis Pembiayaan Dan Pinjaman Rumah Di Malaysia

Akhir kata, sebagai
orang Islam, anda tanpa kompromi digalakkan untuk membuat pinjaman dengan
produk patuh syariah.

Sumber Rujukan:

Nak Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islam atau Pinjaman Konvensional? Jom Kita Review 4
Nak Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islam atau Pinjaman Konvensional? Jom Kita Review 5

Nak Beli Rumah Dengan Pembiayaan Islam atau Pinjaman Konvensional? Jom Kita Review 2

Source link