Artikel Terkini

Nak beli rumah pertama? Ini 5 ‘dosa’ yang anda kena elak

Nak beli rumah pertama? Ini 5 ‘dosa’ yang anda kena elak
Nak beli rumah pertama? Ini 5 'dosa' yang anda kena elak 1

Tok pasti semua orang kat sini ada atau pernah pasang niat untuk beli rumah pertama. Ada rezeki dapat lebih, jadi bonus lah sebab boleh buat pelaburan.

Lagipun tahun sekarang ni, harga rumah pun jarang ada yang turun. Semua naik je, itu yang susah nak rugi. Lainlah kalau tersilap beli.

Tapi cakap pasal silap beli ni, sebenarnya ramai yang terpaksa hadap masalah ni akibat beli rumah tapi takde ilmu hartanah.

Sebab tu sebelum beli rumah pertama, Tok kongsi tips 5 benda yang perlu dielak macam yang Tok baca kat blog Duit Kertas ni.

Tak semua rumah boleh buat untung – Betul ke?

Beli rumah sewaktu umur masih muda memang menguntungkan. Sebab nilai rumah tu akan semakin meningkat.

Selain tu, korang jugak dapat jana pendapatan melalui sewaan. Ini dapat meningkatkan pendapatan korang setiap bulan, terutama sekali kalau kawasan tu ada permintaan yang tinggi.

Dan ada satu hakikat yang korang kena belajar telan.

Tak semua rumah yang korang boleh dijamin boleh buat duit dan bagi untung kat korang.

Ada beberapa keadaan dan faktor, dimana pembelian rumah tu akan menjadi satu kesilapan yang membebankan.

#1 : Selamba beli rumah mahal (walaupun dah jelas tak mampu)

“Sentiasa ukur baju di badan sendiri.”

Ini nasihat yang paling mudah untuk semua orang faham, tapi tak semua orang boleh buat.

Antara kesilapan biasa yang ramai pembeli rumah pertama buat adalah, mereka tak ukur dulu kemampuan dan main beli je rumah (dan mereka ingat, mereka mampu nak tanggung).

Walaupun korang mampu bayar ansuran bulanan, tak bermakna korang mampu nak tanggung rumah tu atas bawah.

Yang paling selamat untuk korang buat, adalah beli rumah yang tak lebih daripada 50% gaji korang.

Maksudnya, kalau korang bergaji RM3,000 sebulan, pastikan korang ansuran bulanan rumah tu sekitar RM1,500.

Kenapa Tok cakap macam ni?

Bila ansuran rumah terlampau mahal (lebih daripada 50% gaji korang), komitmen bulanan korang jugak akan jadi tinggi.

Lagi satu. Kalau kadar asas (base rate) meningkat, korang terpaksa tanggung ansuran bulanan lebih tinggi.

#2 : Tak buat bajet sebelum beli rumah pertama

Sebelum korang merancang untuk beli rumah pertama, buat dulu satu bajet untuk bayaran ansuran kepada pihak bank supaya korang tak terbeban.

Korang perlu bersedia dengan kos yang perlu dibayar (selain daripada ansuran) seperti kos maintenance, Indah Water, baik pulih rumah, cukai pintu, cukai tanah, dan lain-lain lagi.

Korang juga perlu selitkan sekali kos yang mungkin akan meningkat pada masa depan, seperti kenaikan harga barang dan penambahan ahli keluarga yang baru.

Mungkin hari ni, korang tak rasa terbeban. Tapi pada masa akan datang, ansuran bulanan tu boleh menyebabkan korang tak dapat mengawal pengurusan kewangan dengan baik.

Antara kesan buruk yang bakal korang lihat adalah apabila gagal buat bayaran ansuran bulanan, rumah tu ada kemungkinan besar bakal dilelong kelak.

beli-rumah-pertama

#3 : Beli rumah pertama secara terburu-buru

Elakkan selagi boleh membeli rumah secara terburu-buru tanpa buat dulu sebarang kajian dan analisis.

Kalau tak, rumah yang korang beli tu mungkin takkan datangkan keuntungan. Dan lebih teruk lagi, jadi punca kerugian kepada tuan empunya rumah.

Walaupun rumah yang dibeli tu untuk kegunaan sendiri, korang masih perlu buat analisis asas seperti :

  • Latar belakang pemaju,
  • Jenis-jenis fasiliti yang ada,
  • Kemudahan pengangkutan awam, dan lain-lain yang berkaitan.

Benda ni pulak, dah banyak kali jadi. Ada sesetengah keadaan dimana, tuan rumah terpaksa jual rumah dengan harga yang sangat rendah atas beberapa faktor, seperti :

  • Tak tahan dengan kejiranan dan bunyi yang bising,
  • Kadar sewa yang terlalu rendah,
  • Jalan susur keluar yang tak teratur (jadi punca kepada kesesakan lalu lintas).

#4 : Terlampau taksub dengan pandangan orang lain

Untuk pembeli rumah pertama, dah tentu banyak perkara yang terlintas dan bermain dalam korang punya minda.

Dan korang jadi macam tu sebab takut buat silap. Perkara ni, biasa berlaku kat ramai orang termasuk Tok sendiri.

Sebagai alternatif, ramai jugak yang dapatkan pondangan pakar, atau mereka yang berpengalaman dalam urusan jual beli hartanah.

Betul, mereka bergelar pakar dalam industri. Tapi, tak patut korang letakkan sepenuh keputusan membeli rumah di tangan orang lain.

Korang sendiri perlu bertanggungjawab ke atas keputusan yang korang nak buat, supaya korang berpuas hati dengan apa yang korang beli.

Kalau pandangan orang lain tu menjadikan korang terpaksa tanggung kerugian, korang mungkin akan rasa menyesal sebab tak buat dulu analisis awal.

beli-rumah-pertama

#5 : Anda tak guna khidmat bantuan ejen hartanah

Yang ni penting. Lebih-lebih lagi kalau korang takde pengalaman dan baru pertama kali nak beli rumah.

Ejen hartanah lebih tau selok-belok serta kelebihan dan kekurangan rumah yang korang nak beli tu.

Sebab tu, ejen hartanah adalah salah satu sumber untuk korang dapatkan maklumat tambahan. yang akan bantu korang buat keputusan membeli yang baik.

Ada jugak kes sebelum ni, yang mana pembeli ‘terbeli’ rumah dengan harga yang melebihi nilai sebenar rumah tu.

Dan bila perkara ni berlaku, pembeli terpaksa menambah duit sendiri, sebab pinjaman yang bank bagi tak mencukupi.

Ada satu lagi yang Tok nak pesan kat korang. Korang jugak perlu berhati-hati dalam memilih ejen hartanah supaya tak tertipu. Sekarang ni, banyak kes yang dilaporkan berkaitan dengan ejen hartanah kaki kelentong.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan korang berurusan dengan ejen hartanah yang sag dan dibawah naungan agensi yang berdaftar.

Sekarang Tok harap korang nampak pentingnya cari ilmu dulu sebelum korang beli rumah pertama.

Selagi korang rasa ilmu belum cukup, tangguhlah dulu beli rumah walaupun duit simpanan korang dah cukup.

Bukan apa, Tok ingatkan je siap-siap, taknaklah nanti duit korang hangus gitu je beli rumah yang salah.

Kalau korang berminat nak belajar lebih lagi pasal beli rumah, Tok cadangkan korang join terus Webinar percuma saudara Faizul RIdzuan ni.

Tok percaya kat sana lagi banyak ilmu dan info baru yang korang boleh dapat. Nak join? Klik je gambar bawah ni!

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

beli-rumah-pertama

Nak beli rumah pertama? Ini 5 'dosa' yang anda kena elak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list