Artikel Terkini

Nak Tambah Tingkat Kediaman? Ini Perkara Mustahak Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Nak Tambah Tingkat Kediaman? Ini Perkara Mustahak Yang Perlu Anda Ambil Tahu 1

Nak Tambah Tingkat Kediaman? Ini Perkara Mustahak Yang Perlu Anda Ambil Tahu 2

Menaiktaraf sesebuah kediaman memerlukan kesabaran kerana ia membabitkan ramai pihak dan akan mengambil masa yang panjang. Tetapi jika anda sudah tahu langkah yang perlu diambil dari A hingga Z, sudah tentu lebih mudah dan lancar.

Melalui perkongsian arkitek bertauliah, Ar.Azizul Azwar ini, pemilik dapat menyemak proses yang perlu dilalui serta beberapa tip bagi memastikan anda tiak menaggung kerugian ketika melakukan ubahsuai.

Nak Tambah Tingkat Kediaman? Ini Perkara Mustahak Yang Perlu Anda Ambil Tahu 3

BOLEH KE NAK TAMBAH TINGKAT BARU KAT ATAS?

“I ingat nak tambah tinggi rumah 2 tingkat jadi 3 tingkat. Boleh ke?”

Pagi-lagi dapat text dari Klien lama kawe. Alhamdulillah ade orang yang nak berbelanja ubahsuai rumah di zaman Covid nih.

Antara keghairahan Pemilik rumah yang ingin mengubahsuai rumah ni antaranya, tambah luas dapur, sambung bilik tidur, tambah ruang famili dan macam-macam lagi.

Dalam banyak-banyak ubahsuai tambahan, kawe paling seram bila Pemilik rumah nak tambah tingkat. Maknanya rumah 1 tingkat, tapi nak jadikan 2 atau 3 tingkat.
Bertambah seram bila rumah asal ni dah berumur lebih 20 tahun, yang pelan asal mungkin dah takde dalam mana-mana simpanan.

Jadi sebelum Pemilik nak ubahsuai tambahan tingkat nih, kawe suggest Pemilik untuk teliti beberapa perkara terlebih dahulu:
1) Semak Dengan PBT;
2) Berapa Bajet;
3) Lantik Arkitek dan Engineer;
4) Lantik Kontraktor Berpengalaman;
5) Bincang Dengan Jiran.

SEMAK DENGAN PBT
Sebelum duk dengki dengan jiran renovate rumah tambah tingkat, semak dulu dengan PBT niat kita ni. Sebab tak semua PBT benarkan pertambahan nih.
Ada PBT pulak benarkan, tapi hingga beberapa aras sahaja.
Nak semak ni tak susah pun. Call je hotline PBT, then bagitau nak bercakap dengan Jabatan Bangunan.

Tak tahu nak cakap apa? Ni saya bagtau:
“Salam sejahtera. Ni Jabatan Bangunan ye? Saya En X, ada rumah teres 2 tingkat kat Taman M, Daerah N. Boleh tahu jika saya boleh tambah jadi 3 tingkat?”
Mudah je kan?

Senang jika dah confirmkan sendiri ni. Tak buang duit bayar deposit Arkitek, tapi bile check tak boleh buat

Semakan kawe di beberapa PBT adalah seperti berikut:
a) Majlis Bandaraya Seremban – Tak Boleh
b) Majlis Perbandaran Dungun – Boleh
c) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya – Tak Boleh
d) DBKL – Boleh
e) Majlis Perbandaran Kuala Terengganu – Boleh
f) Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Boleh

BERAPA BAJET
Untuk tambah aras baru nih, biasanya harga sekaki lebih mahal daripada buat rumah ‘from zero’.

Ni sebab kontraktor banyak kene consider:
1) Protective works – taknak habuk kacau sekeliling
2) temporary structure works – nak bagi tahan struktur rumah masa buat kerja
3) demolishing works – nak roboh bumbung, dinding sediada
Biasa rate nih boleh pegi dari RM180 – RM300 sekaki. Bergantung kepada pelbagai faktor lah jugak ye.

Nak Tambah Tingkat Kediaman? Ini Perkara Mustahak Yang Perlu Anda Ambil Tahu 4

LANTIK ARKITEK DAN ENGINEER
Nak tambah tingkat tambahan nih memang kena lantik Arkitek dan Engineer.
Biasa kawe akan buat beberapa semakan dulu sebelum mula kerja:
1) ‘Visual Inspection’ – tengok jika ade crack yang besar
2) Pelan Sediada – nak tengok kedudukan tiang dan beam
3) ‘Structure Integrity Test’ – nak tengok jika struktur tu boleh tahan beban tambahan
4) ‘Height Limit’ – ni kene check dengan PBT balik, kot-kot Pemilik tak check lagi.

Ringkasnya,
> Arkitek – check regulation untuk tambah ruang atas
> Engineer – check struktur kuat dan selamat ke tak

LANTIK KONTRAKTOR BERPENGALAMAN
Dah setel design, dah submit ke PBT dan dapat kelulusan pelan baru lah lantik Kontraktor.
Nak lantik Kontraktor tambah aras nih biasa kena lebih cermat. Sebab tak semua Kontraktor tahu buat kerja tambah aras nih.

Banyak dah kawe tengok Tukang lagak champion dah start kerja roboh tapi:
1) Roro bin tak sampai lagi;
2) Temporary support tak pasang lagi;
3) Terlupa nak pasang safety net sampai habuk masuk rumah jiran

BINCANG DENGAN JIRAN
Ni antara perkara penting yang ramai Pemilik rumah tak buat. Ingat nak renovate rumah ni tak perlu mintak kebenaran jiran ke?

Kebanyakan PBT memerlukan ‘Surat Sokongan Jiran’ sebelum memulakan ubahsuai rumah teres nih.

So bagi Pemilik yang berniat nak ubahsuai rumah nih, mula lah bertegur sapa dan berbaik-baik dengan jiran anda.

Nak Tambah Tingkat Kediaman? Ini Perkara Mustahak Yang Perlu Anda Ambil Tahu 5
Jadi jika tengok rumah sebelah renovate rumah secara ‘haram’, jangan dengki dulu. Takut nanti sama-sama terjebak kena saman.

“Tuan, saya check dengan PBT, kawasan rumah Tuan ni dibenarkan tambah aras tapi kena mintak kebenaran jiran” kawe explain kat Klien.
“Eh jiran saya naik tinggi-tinggi ni tak minta kebenaran saya pun?”
Kawe terkedu.

-Ar. Azizul-
#azizulazwararchitect
#ipmprofessionalservices
#PBT

SUMBER : Azizul Azwar

Nak Tambah Tingkat Kediaman? Ini Perkara Mustahak Yang Perlu Anda Ambil Tahu 2

Source link