Infotainment

Nama Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Dipahat di ‘Walk of Fame’ Adelaide

Nama Dato' Siti Nurhaliza Bakal Dipahat di 'Walk of Fame' Adelaide 2

Nama Dato’ Siti Nurhaliza tersenarai sebagai 3 nama seniman tersohor yang bakal diabadikan di Walk of Fame, Australia. Pengumuman tersebut dibuat oleh Adelaide Festival Centre Walk of Fame Australia yang mengatakan bahawa ini adalah sebuah penghargaan dari mereka di atas persembahan terbaik pada tahun 2019.

Sudah berkarya sejak beliau berusia 16 tahun lagi, nama besar yang turut digelar sebagai ‘Celine Dion Asia Tenggara’ ini memang tidak pernah berhenti mengharumkan nama Malaysia.

DSCTKL4-19-1

Sumber: Malaysia Gazette

Sebelum ini, beliau yang lebih mesra disapa dengan panggilan Tokti baru sahaja tersenarai sebagai 100 Selebriti Asia Pasifik yang paling berpengaruh seiring dengan usahawan, pelakon dan pengacara popular, Neelofa.

Kali ini, Tokti diberi pengiktirafan dunia sekali lagi apabila nama beliau bakal diabadikan di Walk of Fame Australia yang terletak di Sungai Torrens, Adelaide.

Dua lagi seniman yang tersenarai ialah pemuzik terkenal Australia, William Barton yang dipilih menerusi kategori Pilihan AFCT dan seorang koreografer bernama Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Pilihan Pengkritik.

Nama Tokti pula dipilih menerusi kategori Public Choice dan kalau anda nak tahu, Tokti juga telah berjaya memecahkan rekod undian secara atas talian buat kategori tersebut.

Nama-Siti-Nurhaliza-Walk-of-Fame-Adelaide-Australia-3-768×434

SUMBE: AUSSIE THEATRE

Apa yang lebih menarik ialah Tokti merupakan rakyat Malaysia pertama yang namanya berjaya terpilih untuk diabadikan sebaris dengan pengkarya seni dunia di sana.

Meninjau ke laman Instagram beliau, Tokti telah memuat naik sebuah gambar untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat di atas sokongan yang sentiasa diberikan tak kiralah pada waktu susah ataupun senang.

Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini,” katanya melalui perkongsian di Instagram.

Setakat ini, buah hati rakyat Malaysia ini telahpun memenangi hampir 300 anugerah dari dalam dan luar negara. Kini, nama beliau bakal dijadikan tatapan orang ramai di Walk of Fame Adelaide, sebaris dengan seniman tersohor dunia!

Selain Tokti, anak Melayu ini turut terkenal di China kerana video nyanyian beliau dalam Mandarin! Klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Anak Melayu Terkenal Di China, Video Nyanyian Dalam Mandarin Raih 170 Juta Tontonan

Ramai Tidak Tahu Rangkaian Hotel Holiday Villa Dibangunkan Oleh Anak Melayu



Nama Dato' Siti Nurhaliza Bakal Dipahat di 'Walk of Fame' Adelaide 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo