Berita

Nampak tangan terkapai-kapai dalam sungai

Nampak tangan terkapai-kapai dalam sungai

Nampak tangan terkapai-kapai dalam sungai 1

Johor Bahru: Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di Sungai Skudai, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.37 petang.

Katanya, identiti dua kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti.

“Operasi pencarian sedang dilakukan di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh di Sungai Skudai berhampiran stesen minyak di Taman Ungku Tun Aminah.

“Tujuh anggota bersama sebuah jentera dan EMRS berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, saksi kejadian, Nalsen Manggatang, 35, berkata dia sedang menjala ikan kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian

Katanya, dia menyedari ada tangan terkapai-kapai sebelum dia menyelam untuk membantu namun gagal.

“Saya baru diberhentikan kerja jadi memang rutin saya menjala ikan di Sungai Skudai. Ketika menjala saya terkejut ternampak kelibat dua kanak-kanak dalam sungai terkapai-kapai.

“Tiada jeritan minta tolong, hanya tangan terkapai-kapai tiga kali. Saya terus terjun ke dalam sungai tetapi bila sampai di tengah sungai, saya sudah kehilangan nafas.

“Saya naik ke darat semula dan meminta pertolongan orang awam yang kebetulan ada di lokasi kejadian sebelum menghubungi bomba,” katanya.

Nampak tangan terkapai-kapai dalam sungai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo