Artikel Terkini

Nasihat Warren Buffett Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Mengenai Ilmu Kewangan

Nasihat Warren Buffett Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Mengenai Ilmu Kewangan 1

Nasihat Warren Buffett Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Mengenai Ilmu Kewangan 2

Pepatah Melayu menyebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang membawa maksud jika kita ingin mengajar sesuatu kebaikan kepada anak kita, kita mestilah bermula ketika mereka masih kecil.

Warren Buffett merupakan seorang pelabur yang terkenal di dunia pelaburan. Beliau selalu memberi nasihat yang berguna kepada pelabur yang ingin berjaya di dalam dunia saham.

Selain daripada itu, Warren Buffett juga selalu memberi nasihat kepada orang ramai cara untuk berjaya di dalam hidup terutamanya yang berkaitan dengan ilmu kewangan.

Warren Buffett mempunyai bapa yang terpelajar dan menjadikan bapanya sebagai idola yang terbaik sepanjang hidupnya selain daripada Benjamin Graham. Semasa kecil lagi bapanya telah mengajar tentang ilmu kewangan kepada beliau.

Di antara ilmu yang tersangat penting dalam dunia kewangan adalah ilmu menyimpan duit walaupun sedikit. Beliau telah diajar untuk menyimpan duit oleh ayahnya ketika masih lagi berusia 6 tahun.

Menurut Warren Buffett, di antara kesilapan yang sering berlaku kepada ibubapa zaman sekarang dalam mendidik anak-anak dalam ilmu kewangan adalah dengan mendidik mereka pada usia remaja. Pendekatan ini adalah salah kerana pada usia tersebut, kebanyakan remaja mula membeli gajet-gajet yang tidak penting.

Mengajar anak-anak pada ketika usia sebegitu ibarat “bagai mencurah air pada daun keladi”

Pertumbuhan otak kanak -kanak bermula diusia 3 tahun. Pada usia 6 tahun, kanak-kanak mampu belajar ilmu kewangan yang asas.

Ibu bapa perlu mengajar mereka pada awal usia 6 hingga 7 tahun mengenai ilmu kewangan yang mana ilmu ini tiada dalam silibus pembelajaran. Apa yang dikatakan oleh Warren Buffet adalah benar.

Usia perkembangan minda kanak-kanak telah berlaku seawal umur 3 tahun. Pada masa ini usia otak kanak-kanak sedang berkembang dan mudah untuk menerima maklumat yang baru.

Menurut kajian yang dilakukan oleh pihak Universiti Cambridge, kanak-kanak telah dapat mengambil ilmu tentang kewangan pada usia seawal 3 atau 4 tahun dan mampu untiuk memahami ilmu kewangan pada usia 7 tahun. Ini kerana latihan yang diberi oleh ibubapa mampu untuk menajamkan minda anak mereka.

Menurut Warren Buffett, kebanyakan ibubapa sudah tahu kepentingan mengajar anak-anak mereka tentang ilmu kewangan tetapi mengetahui dan mengambil tindakan adalah dua benda yang berbeza dan menghasilkan hasil yang berbeza.

Nasihat Warren Buffett Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Mengenai Ilmu Kewangan 3

Rancangan animasi yang sangat padat dengan ilmu kewangan, ianya menggunakan suara Warren Buffett sendiri

Warren Buffett mengajar ilmu kewangan dan berkongsi ilmu tersebut melalui channel animasi yang bertajuk “Secret Millionaire’s Club”. Ianya menggunakan suaranya sendiri yang mana beliau adalah mentor kepada pelajar-pelajar tersebut.

Di dalam rancangan yang mempunyai 26 episod ini, ia mengajar ilmu kewangan yang penting bagi kanak kanak seperti pendedahan awal terhadap kad kredit.

Dalam rancangan animasi tersebut Warren Buffet yang mengajar kanak-kanak yang tentang ilmu kewangan yang mana boleh diringkaskan seperti berikut:

1. How to be a flexible thinker

Matlamat dalam pengajaran ini adalah supaya anak-anak boleh menghadapi kegagalan jika benda yang dibuat itu tidak berjaya pada kali pertama percubaan. Aktiviti ini akan merangsang kanak kanak supaya berfikir di luar kotak bila menghadapi masalah kewangan nanti.

Aktiviti yang perlu dilakukan:

Pergi ke muzium kesenian jika kita mampu bersama dengan anak-anak kita. Kemudian bincang dengan mereka bagaimana setiap lukisan itu dihasilkan tanpa menggunakan alat lukis.

Banyak alternatif yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan menggunakan seperti sudu, span dan sebagainya.

Ajar anak-anak supaya menggunakan barangan yang hendak dibuang sebagai benda yang bermanafaat dengan sedikit sentuhan kretiviti. Sebagai contoh kotak bekas makanan boleh dijadikan tempat letak komik mereka dan botol air boleh dijadikan bekas letak alatan tulis sekolah.

Ia akan menjimatkan wang dan dalam masa yang sama menjaga alam sekitar.

2. How to start saving money

Bapa kepada pengasas Amerika moden Benjamin Franklin ada menyebut “A penny saved is a penny earned” yang bermaksud duit yang kita simpan itu, itulah duit yang kita dapat kelak.

Sejak kecil lagi, kita perlu mendedahkan anak-anak kita tentang disipilin menyimpan duit. Kita perlu mengajar mereka dengan jelas yang mana kehendak dan yang mana keperluan.

Kita mesti memberitahu mereka supaya kelak nanti mereka tidak menggunakan simpanan mereka untuk perkara yang tidak bermanfaat.

Aktiviti yang perlu dilakukan:

Sediakan mereka dua balang untuk mereka menyimpan duit. Satu untuk keperluan, satu balang untuk kehendak. Berikan mereka duit untuk upah atau gaji yang untuk mereka setelah mereka melakukan kerja yang disuruh.

Contohnya upah mengemas rumah pada hari minggu.

Selepas itu arahkan mereka supaya menyenaraikan 10 benda yang mereka suka dan mereka hendak beli. Dari situ kita sebagai ibu bapa perlu meneliti senarai mereka pilih, Daripada senarai tersebut, ibubapa perlu menerangkan yang mana keperluan dan yang mana kehendak.

Keperluan perlu mengatasi kehendak dalam diri mereka. Ibubapa perlu menjelaskan kenapa keperluan perlu mengatasi kehendak. Kebanyakan kehendak merupakan nafsu yang idalam diri kita saja.

3. How to differentiate between price and value

Harga dan nilai merupakan benda yang selalu mengelirukan.

Kita perlu mengajar anak kita supaya mereka lebih menghargai nilai berbanding dengan harga. Kita perlu memberi kesedaran kepada mereka ketka mereka masih lagi berada dalam usia yang kecil akan kepentingan ini.

Beli barang berdasarkan nilai, bukan harga kerana kebanyakan barang yang sama pada harga yang berbeza adalah disebabkan kos pengiklanan yang menyebabkan sesuatu produk itu lebih mahal. Sedangkan kita boleh mencari barangan yang sama atau lebih berkualliti pada harga yang berpatutan.

Aktiviti yang perlu dilakukan:

Senaraikan barang yang hendak dibeli di pasar raya bersama dengan anak kita. Kemudian pergi ke pasararaya dan ambil flyer untuk membandingkan harga barang yang hendak dibeli bersama dengan anak kita.

Daripada situ kita boleh mengajar mereka apabila membeli waktu yang tertentu boleh menjimatkan duit dengan kualiti yang sama.

Ambil majalah dan tunjukkan beberapa iklan. Kita perlu menerangkan secara ringkas tentang apa yang hendak disampaikan oleh iklan tersebut.

Kita perlu mengajar mereka supaya mengawal emosi kita supaya tidak membeli barangan yang tidak memberi manfaat.

4. How to make good decisions

Membuat keputusan merupakan perkara yang sukar untuk dilaksanakan apabila melibatkan dua keputusan yang sama dengan kehendak kita. Kita perlu mengajar mereka untuk membuat keputusan yang betul untuk mengelakan mereka menyesal pada kemudian hari.

Aktiviti yang perlu dilakukan:

Aktiviti yang perlu dilakukan bersama dengan anak kita adalah menerangkan kepada mereka tentang kepentingan mengambil keputusan yang bijak dalam setiap masalah. Jika kita tidak membuat sesuatu keputusan yang tepat, kerugian akan berlaku kepada kita dan kita akan kecewa dengan keputusan yang dibuat.

Sebagai contoh, kita boleh mengajar anak kita agar membeli benda yang lebih utama dahulu dan bukannya yang mereka mahu.

Selalu terapkan kepada anak kita bahawa menyimpan duit adalah sangat penting. Tanamkan didalam minda mereka supaya bila mereka sudah dewasa nanti, mereka mempunyai disiplin yang utuh dalam menyimpan duit.

Ajar mereka supaya berjimat cermat.

Ingat pepatah Melayu “anak ibarat kain putih, kitalah yang bertanggungjawab dalam mencorakkannya.” Tidak terlalu awal untuk mengajar anak kita tentang kepentingan mengawal pembelanjaan supaya mereka tidak akan menyesal kemudian hari.

Sumber Rujukan:

Nasihat Warren Buffett Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Mengenai Ilmu Kewangan 4
Nasihat Warren Buffett Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Mengenai Ilmu Kewangan 5

Nasihat Warren Buffett Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Mengenai Ilmu Kewangan 2

Source link