Infotainment

Nekad Ubah Muka Macam ‘Oppa’ Lepas Kemalangan, Lelaki Lakukan Pembedahan Plastik Banyak Kali Kini Jadi Model

Nekad Ubah Muka Macam ‘Oppa’ Lepas Kemalangan, Lelaki Lakukan Pembedahan Plastik Banyak Kali Kini Jadi Model
Nekad Ubah Muka Macam ‘Oppa’ Lepas Kemalangan, Lelaki Lakukan Pembedahan Plastik Banyak Kali Kini Jadi Model 1

Nekad Ubah Muka Macam ‘Oppa’ Lepas Kemalangan, Lelaki Lakukan Pembedahan Plastik Banyak Kali Kini Jadi Model

Seorang lelaki di Vietnam tular di media sosial gara-gara dia membuat pembedahan plastik untuk kelihatan tampan seperti bintang K-pop.

Pernah terlibat dalam kemalangan

Nekad Ubah Muka Macam ‘Oppa’ Lepas Kemalangan, Lelaki Lakukan Pembedahan Plastik Banyak Kali Kini Jadi Model 3

Menerusi laporan Oddity Central, lelaki berkenaan dikenali sebagai Tran Dang Phouc Cuong pernah terlibat dalam sebuah kemalangan yang cukup tragis sehingga meragut nyawa bapanya, manakala ibunya pula terpaksa bertarung nyawa di hospital.

Cuong kemudiannya membuat keputusan untuk meninggalkan Vietnam dan melanjutkan pelajarannya di China dalam bidang bahasa Cina ketika dirinya berusia 17 tahun. Dalam pada itu, dia turut cuba untuk mencari kerja sambilan, namun menyedari bahawa penampilannya itu menjadi penghalang buat dirinya.

Susulan daripada itu, Cuong nekad untuk mengubah penampilannya secara drastik iaitu dengan melakukan pembedahan plastik. Dia mula menyimpan wang sebanyak mungkin dengan bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah restoran untuk melakukan pembedahan bagi memiliki wajah seperti selebriti di Korea Selatan yang diimpikan olehnya.

Pada tahun 2011, untuk pertama kalinya, lelaki itu melakukan pembedahan plastik dengan melakukan prosedur rhinoplasty iaitu mengecilkan saiz hidungnya. Namun setelah enam bulan, dia sekali lagi melakukan pembedahan plastik bagi memanjangkan bahagian hujung hidungnya pula.

Rancang untuk lakukan pembedahan lagi

Nekad Ubah Muka Macam ‘Oppa’ Lepas Kemalangan, Lelaki Lakukan Pembedahan Plastik Banyak Kali Kini Jadi Model 4

Cuong tampil lebih yakin dengan memohon bekerja sebagai model gambar dalam bidang fesyen dan mula merancang untuk melakukan pembedahan kosmetik yang seterusnya.

Apa yang mengejutkan adalah dalam masa beberapa tahun, dia sudah mengubah bentuk dagu, bibir dan membentuk hidungnya semula sehingga wajahnya berubah dan menjadi tidak dikenali.

Difahamkan, Cuong turut menjalani pembedahan plastik selama 12 jam hanya untuk menurunkan tulang pipi serta memotong tulang rahangnya.

Ramai yang anggap bahawa pembedahan plastik boleh buat anda ketagih tapi hakikatnya tak ada siapa yang ketagih akan kesakitan.

Banyak kali saya terfikir untuk putus asa ketika berada di dalam bilik pembedahan.

Kini, lelaki berusia 29 tahun itu menjadi model di Shanghai, namun sering berulang-alik ke Vietnam untuk menguruskan beberapa perniagaannya.

Gambar-gambar Cuong

Nekad Ubah Muka Macam ‘Oppa’ Lepas Kemalangan, Lelaki Lakukan Pembedahan Plastik Banyak Kali Kini Jadi Model 5 Nekad Ubah Muka Macam ‘Oppa’ Lepas Kemalangan, Lelaki Lakukan Pembedahan Plastik Banyak Kali Kini Jadi Model 6

Sumber : Oddity Central

Nekad Ubah Muka Macam ‘Oppa’ Lepas Kemalangan, Lelaki Lakukan Pembedahan Plastik Banyak Kali Kini Jadi Model 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list