Infotainment

Netizen ‘Berbalah’ Tengok Mural Siling Hasil Tangan Hanis Zalikha

Netizen 'Berbalah' Tengok Mural Siling Hasil Tangan Hanis Zalikha 1

Netizen 'Berbalah' Tengok Mural Siling Hasil Tangan Hanis Zalikha 2

Berkongsikan hasil kerja ubah suai dan menghias rumah di media sosial bukanlah perkara baru dalam kalangan masyarakat kita. Malah jika anda mencari dengan betul dan mendalam anda bakal menemui ratusan jika tidak ribuan perkongsian mengenai perkara ini di media sosial.

Perkongsian-perkongsian di media sosial ini bukan sahaja dibuat oleh masyarakat umum namun turut dibuat oleh pereka hiasan dalaman dan tidak kurang juga artis-artis yang mempamerkan hasil renovasi yang dilakukan mereka untuk dijadikan inspirasi atau contoh kepada mereka yang lain.

Tidak terkecuali daripada berkongsikan perkara tersebut adalah pelakon terkenal Hanis Zalikha yang berkongsikan pemasangan mural di siling sebuah rumah yang dikatakan milik kliennya baru-baru ini di Instagram.

Seperti mana-mana perkongsian lain yang dibuat di media sosial, perkongsian beliau itu juga turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen sehingga kemudiannya menjadi antara topik perbualan hangat hujung minggu ini.

Buat anda yang tertanya-tanya kenapa ia menjadi topik hangat dan menimbulkan ‘perbalahan’ dalam kalangan netizen, ianya adalah susulan salah satu komen yang cuba menjelaskan mengenai bahaya perkara itu (pemasangan mural di siling) difahamkan telah dipadam oleh beliau di hantaran berkenaan.

hanis

Hantaran mengenai kes tular berkenaan. FOTO: TWITTER

Walaupun komen itu dengan jelas memberitahu kenapa pemasangan mural itu dikatakan tidak sesuai namun masih ada sesetengah netizen yang tidak faham dan tidak kurang juga mempersoalkan komen berkenaan dan berpendapat perkara itu tidak menjadi masalah di mata mereka.

Buat anda yang masih belum jelas, komen yang dipadam itu secara asasnya memberitahu pemasangan mural atau wallpaper di bahagian siling itu bukanlah sesuatu yang disarankan oleh pereka hiasan dalaman (atau setidaknya seperti dijelaskan komen berkenaan di bawah).

BeFunky-collage (15)

Komen asal yang didakwa telah dipadam

‘Kacau periuk nasi pereka hiasan dalaman lain ke?’

Tidak mahu komen yang dipadamkan ini terus menimbulkan ‘perbalahan’ dalam kalangan netizen, kami kemudiannya cuba menghubungi sendiri pemilik komen berkenaan di Instagram untuk mendapatkan penjelasan daripadanya.

Tujuannya adalah tidak lain tidak bukan untuk mengetahui adakah komen berbentuk teguran yang diberikannya itu memang dipadamkan dan kenapa netizen perlu tahu pemasangan wallpaper di siling ini tidak disarankan seperti yang dikatakannya.

Pemilik komen berkenaan yang selesa dipanggil Eqienura mengesahkan kepada The Vocket komen yang diberikannya itu telah dipadam oleh Hanis Zalikha. Namun beliau menjelaskan ketika dihubungi melalui direct message (DM) pelakon berkenaan, komen itu dipadamkan kerana mengandungi maklumat maklumat sensitif mengenai lokasi rumah dan bukan kerana sebab lain.

Komen yang dipadam itu menurut penjelasan beliau di Facebook bagaimanapun pada awalnya dibuat untuk mendidik dan menunjukkan dengan lebih jelas mengenai hiasan dalaman kepada Hanis dan pengikut-pengikut di akaun Instagram-nya.

“Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah apabila dia menggunakan wallpaper untuk siling tandas, di mana penggunaannya di siling malahan dalam ruang tandas memang langsung tidak sesuai.

“Saya beri pandangan kerana saya memang tahu dengan keadaan rumah tersebut. Saya juga sedang dalam proses menghasilkan rekaan dalaman kepada salah seorang klien saya di kawasan sama berdekatan dengan rumah Hanis ketika ini,” jelasnya.

Menyedari ramai yang baru berjinak-jinak untuk menghias rumah mereka selari dengan situasi COVID-19 ketika ini yang membuatkan ramai dalam kalangan masyarakat menghabiskan masa di rumah, beliau menasihatkan orang ramai agar mendapatkan nasihat mereka yang tahu mengenai perkara itu sebelum memutuskan untuk melakukan sesuatu ubah suai.

Orang ramai juga nasihatnya tidak menggunakan sebarang bahan atau finishes untuk menghiasi rumah mereka semata-mata ia kelihatan cantik dan menawan. Pemilihan bahan-bahan yang sesuai ini juga menurutnya akan menjamin kesihatan dan keadaan penghuni rumah dalam jangka masa panjang.

“Saya dah kerja dalam bidang hiasan dalaman (ID) hampir sembilan tahun, percayalah cakap saya memang banyak material and finishes dekat luar sana yang sangat bagus dan harga berpatutan. Malah ada warranty dan tak menjejaskan kesihatan untuk jangka masa panjang.

“Sebab banyak material dan finishes untuk hiasan dalaman ini telah dirawat dengan bahan kimia dan membebaskan toksik di udara. Jadi pemilihan finishes sangat kritital bagi seorang pereka hiasan dalaman.

“Kemudian baru kita siapkan keseluruhan skema. Jika sesuatu produk atau interior finishes (marble, timber, fabric) tak ada kriteria semua tu, kita tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan mereka,” katanya.

Jadi kepada yang mungkin mempersoalkan kenapa komen berkenaan dibuat pada awalnya, penjelasan panjang lebar dariapada beliau ini mungkin menjelaskan kenapa ianya tidak disarankan untuk memasang wallpaper di bahagian siling.

Dan kepada yang mempersoalkan di mana salahnya komen berkenaan dan beranggapan ianya dibuat kerana risau periuk nasi pereka-pereka hiasan dalaman yang lain terjejas, beliau menjelaskan “periuk nasi pereka hiasan dalaman tak terjejas pun. Rezeki masing-masing kan dah tertulis sejak azali lagi”.

Tetapi apa yang menjadi kekecewaan kepadanya adalah apabila orang ramai mula menganggap diri mereka sebagai pereka hiasan dalaman sedangkan dirinya dan pereka hiasan dalaman yang lain terpaksa mengambil masa yang lama dan menempuhi kesukaran sebelum berpeluang dan diberikan kepercayaan untuk melakukan sesuatu projek.

Baca juga perkembangan semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Rambut Persis ‘Sakinah’, Penampilan Stacy Di Pentas SFMM35 Buat Netizen Terhibur

Terima Tiga Minggu Lebih Awal, TMJ Muncul Individu Pertama Di Malaysia Memiliki PS5

‘Mr. Hu’ Nama Pengirim Barangan Dari China Ini Cetus Tanda Tanya Netizen




Netizen 'Berbalah' Tengok Mural Siling Hasil Tangan Hanis Zalikha 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo