Infotainment

Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang

Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang
Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Seorang penunggang motosikal terselamat daripada dilanggar oleh sebuah Ford Mustang dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Krai-Machang, Kelantan pada petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu dirakam melalui dashcam sebuah lagi kenderaan yang kebetulan berada di tempat kejadian. Kereta Ford Mustang tersebut dipercayai gagal untuk memotong kenderaan di hadapannya lalu merempuh lori yang berada di lorong bertentangan.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, penunggang motosikal terlebih dahulu menjenguk bahagian hadapan dan segera mengelak ke kiri jalan apabila menyedari lori dan Ford Mustang mula bertembung antara satu sama lain.

Rakaman video dashcam itu mula tular pada tengah hari tadi telah meraih perhatian ramai yang berasa terkejut selepas melihat penunggang motosikal tersebut nyaris-nyaris dilanggar oleh Ford Mustang hilang kawalan setelah berlaku perlanggaran dengan lori itu.

Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang 2

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang 4

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang 6

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang 8

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang 10

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Setakat artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan pemandu serta penumpang yang ada di dalam Ford Mustang tersebut. Dari gambar yang dikongsikan oleh netizen kelihatan bahagian kanan kereta tersebut telah hancur teruk akibat impak pertembungan kedua-dua buah kenderaan itu.

Semoga semua pihak terlibat dalam kemalangan buruk yang berlaku pada hari semalam segera cepat pulih seperti sediakala.

Klik pautan di bawah untuk lihat rakaman CCTV pada minggu lalu di mana seorang lelaki nyaris digilis oleh sebuah lori treler di satu kawasan stesen minyak.

Nyaris Digilis Semasa Isi Angin Tayar, Kecuaian Pemandu Lori Treler Ini Buat Netizen Berang

Proton Saga Halang Laluan Lori, Pekerja Kilang Terpaksa Ubah Guna ‘Forklift’

Tidak Sabar Dan Nyaris Berlanggar, Penunggang Motosikal Selamba Ambil ‘Corner’ Di Hadapan Myvi


Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list