Artikel Terkini

Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi 1

Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi 2

Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi 3

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai yang sama.

Pada 9.21 pagi, bulan semerta April 2020 meningkat tujuh mata kepada 1,358.50, Mei 2020 naik enam mata kepada 1,350.00, Jun 2020 menambah 10 mata kepada 1,347.00 manakala September 2020 menokok 10.50 mata kepada 1,340.00.

Jumlah dagangan sebanyak 1,509 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 26,088 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 6.95 mata kepada 1,368.34 selepas 39 minit dagangan.- BERNAMA



Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi 2

Source link