Infotainment

Niena Baharun Tinggalkan Kondo Mewah, Nak Duduk Dengan Mentua

Niena Baharun Tinggalkan Kondo Mewah, Nak Duduk Dengan Mentua

Niena Baharun Tinggalkan Kondo Mewah, Nak Duduk Dengan Mentua 1

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahu hidup berdikari, namun berbeza dengan pelakon Datin Niena Baharun yang lebih selesa tinggal bersama mentua selepas berkahwin pada 2018.

Menurut Niena, mestkipun mempunyai rumah sendiri bersama suami, namun pelakon itu berkata kehidupan bersama mentua lebih menggembirakan.

BACA: “Pilih Lelaki Tampan Tak Menjamin Kebahagiaan Hidup”- Niena Baharun

“Selepas kahwin saya tinggal di rumah mentua, kebetulan masa tu tengah tunggu rumah selesai proses renovasi.

“Dalam masa sama saya juga pregnan anak pertama. Maka kami pun tinggal la di rumah in law sampai selesai proses bersalin anak pertama pada Oktober 2019.

“Tapi sebenarnya rumah kami dengan mentua tak jauh pun, jarak sekitar 5 kilometer je. Tu pun kadang-kadang kami on off balik sana,” katanya.

Niena Baharun Tinggalkan Kondo Mewah, Nak Duduk Dengan Mentua 2

Sebelum ini, Niena menjawab pertanyaan netizen di Insta Story mengenai pengalamannya tinggal di rumah mentua apatah lagi sudah mempunyai dua cahaya mata.

Dalam pada itu, Niena berkata sebab dia terus tinggal di rumah mentua bagi menghormati permintaan mereka yang risau tentang perkembangan tumbesaran anak-anaknya.

“So masa anak pertama berumur empat ke lima bulan pada tahun 2019 kami pindah rumah sendiri. Nak jadikan cerita, tiba-tiba Covid-19 muncul sekitar awal tahun 2020 maka kami ambil keputusan untuk kembali tinggal bersama mentua.

“Rumah kami jenis kondo manakala rumah mentua adalah landed hous. Faham je la apabila duduk rumah bertingkat tinggi ni rasa macam terkurung sikit tambahan pula ada anak yang tengah nak membesar ni.

“Apabila dah terbiasa duduk ramai-ramai, kemudian pindah duduk empat beranak je bosan la juga,” katanya.

Niena mendirikan rumah tangga dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada Februari 2018. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Adiel Mikael 3 tahun dan Alyssa Marissa, 2 tahun.



Niena Baharun Tinggalkan Kondo Mewah, Nak Duduk Dengan Mentua 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo