Infotainment

Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya

Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya
Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya 1

Segelintir pemandu Malaysia mempunyai pelbagai ragam yang membuatkan pengguna jalan raya lain terpaksa bertolak-ansur bagi memastikan kelancaran perjalanan semua pihak.

Terbaharu, pengguna media sosial sedang berbual mengenai satu video yang tular di mana sebuah Myvi bergerak pada kelajuan 10km/j sahaja di satu jalan yang kosong.

Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya 4

Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari ini ? ™️

Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya 6

Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari ini ? ™️

Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya 8

Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari ini ? ™️

Di dalam video tersebut kedengaran pemandu lori tersebut mengomel kerana tidak dapat menahan sabar dengan kereta Myvi putih yang bergerak sangat perlahan sehingga mengganggu perjalannya.

Perbuatan pemandu Myvi tersebut telah membuat orang ramai tertanya-tanya, apakah yang terjadi kepada pemandu serta kereta tersebut.

Ada yang memberi tanggapan bahawa pemandu tersebut mengalami sakit atau kereta Myvi tersebut mengalami kerosakkan sehingga kereta dipandu begitu perlahan sekali.

Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya 10

Sumber Gambar: Facebook MaranVoice

Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya 12

Sumber Gambar: Facebook MaranVoice

Hasil carian The Vocket mendapati ada segelintir penduduk sekitar kawasan Jengka 7 mendakwa kereta Myvi tersebut dipandu oleh seorang warga emas yang uzur.

Tambah mereka lagi warga emas tersebut sudah tidak larat lagi, namun masih gagahkan diri jua memandu ke beberapa tempat untuk menyelesaikan urusan kehidupan.

Sebahagian penduduk di sana sudahpun menasihati warga emas terbabit, namun warga emas itu enggan menerima nasihat yang diberikan orang ramai.

Oleh sebab itu, penduduk setempat meminta agar orang ramai sentiasa berhati-hati sekiranya ternampak kereta Myvi putih yang bergerak begitu perlahan kerana bimbang boleh menyebabkan insiden yang tidak diingini.

Dalam kisah lain, orang ramai mengecam geng konvoi kereta yang menjadi punca kemalangan melibatkan Honda BR-V. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Geng Konvoi Kereta’ Didakwa Jadi Punca Kemalangan Di Ulu Yam

Netizen Puji Cara Doktor Gigi Sekolahkan Pemandu Myvi Buang Sampah Dari Tingkap Kereta


Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo