Berita

Padah ceroboh perairan ketika pandemik Covid-19

Padah ceroboh perairan ketika pandemik Covid-19 2

Pasir Puteh: Nelayan asing dikesan masih memberanikan diri menceroboh perairan negara ketika tempoh pandemik Covid-19 untuk mengutip hasil laut negara.

Semalam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan tujuh nelayan Vietnam yang membawa naik hasil laut RM350,000 di 84 batu nautika dari muara Tok Bali di sini.

Pengarah APMM negeri, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, mereka yang berusia 24 hingga 46 tahun termasuk tekong bot ditahan sepasukan anggota dari KM Amanah diketuai Leftenan Komander Maritim Ahmad Shakur Jamaludin pada 7.27 pagi.

“Bot nelayan asing itu cuba melarikan diri dengan keluar dari perairan sebaik melihat penguat kuasa keluar, namun berjaya dipintas pada 8.13 pagi.

“Kita mengambil masa 16 jam bagi menunda bot berkenaan bersama hasil laut sebanyak 100 kilogram dan peralatan menangkap ikan ke Jeti Maritim Negeri Kelantan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM Tok Bali di sini, hari ini.

Muhd Nur Syam berkata, kesemua nelayan itu gagal mengemukakan dokumen sah untuk menangkap ikan di perairan negara dan mereka disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985.

Beliau juga berharap kerjasama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan pencerobohan dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia 09-7780070.

Padah ceroboh perairan ketika pandemik Covid-19 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo