Infotainment

Padah Cetus Provokasi Terhadap Polis Bantuan, Pelajar Asing Kini Ditahan Polis

Padah Cetus Provokasi Terhadap Polis Bantuan, Pelajar Asing Kini Ditahan Polis

Padah Cetus Provokasi Terhadap Polis Bantuan, Pelajar Asing Kini Ditahan Polis 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Seorang pelajar universiti tempatan yang mendakwa bahawa dia ‘diserang’ oleh anggota polis bantuan telah ditahan oleh pihak polis semalam, lapor Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Zainal Mohamed Mohamed.

Dia turut berkata bahawa pihaknya bertindak atas laporan yang dibuat oleh anggota polis bantuan universiti itu selepas video terbabit tular di laman Telegram.

Tambah Zainal lagi, di dalam video tersebut, suspek yang juga pelajar universiti tempatan mendakwa pengadu menyerangnya di pintu masuk universiti ketika mahu memasuki kawasan universiti dengan alasan dijemput berjumpa rektor.

Pengadu menafikan kejadian itu dan mendakwa isu sebenar adalah suspek meminjam telefon bimbitnya dan bercakap lama. Apabila pengadu cuba meminta telefon bimbitnya, suspek enggan memulangkannya.

Kejadian ini tercetus apabila pengadu meminjamkan telefon bimbitnya kepada suspek untuk menghubungi presiden pelajar bagi membuat semakan sama ada pihak universiti ada menjemput mana-mana pihak berjumpa dengan rektor.

“Pengadu dimaklumkan pihak universiti tidak menjemput mana-mana pihak berjumpa dengan rektor dan dia maklumkan kepada suspek, namun lelaki itu tidak berpuas hati sebelum anggota polis bantuan berkenaan menyerahkan telefon bimbitnya kepada suspek untuk bercakap sendiri dengan presiden pelajar.

“Pengadu mendakwa semasa dia sedang berusaha mengambil telefon bimbitnya daripada suspek, lelaki itu membuat rakaman video kejadian berkenaan. Ketika kejadian, pengadu dan anggota polis bantuan lain yang sedang bertugas tidak membuat tangkapan terhadap suspek.

“Ini kerana pihak pengurusan universiti sudah memberi arahan supaya tidak menyentuh mana-mana pelajar di dalam kawasan universiti,” katanya.

Nak tular sangat…Rujuk post sebelum ini : https://www.facebook.com/watch/?v=942319419917666Gombak: Tindakan…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, April 3, 2021

Suspek telah ditahan di perkarangan dewan auditorium di sebuah universiti tempatan semalam oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Polis turut merampas telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk merakam video semasa kejadian. Hasil siasatan mendapati suspek adalah penuntut tahun tiga di universiti terbabit.

Suspek kini direman selama empat hari mulai hari ini hingga 6 April untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tular warga asing bergelut dengan polis, ini sebenarnya yang berlaku sebelum kejadian. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tular Warga Asing Bergelut Dengan Polis, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Sebelum Kejadian

‘Enjoy’ Parti Liar Di Kuala Lumpur, Polis Tahan 71 Warga Asing Dari Indonesia

Warga Asing Rentas Negeri Jumpa Kawan Di Genting Hinglands Jadi Punca Kluster Genting



Padah Cetus Provokasi Terhadap Polis Bantuan, Pelajar Asing Kini Ditahan Polis 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo