Berita

Paip bermasalah diganti secara berjadual – SPAN

Paip bermasalah diganti secara berjadual - SPAN 2

Shah Alam: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan memastikan paip bermasalah digantikan secara berjadual bagi memastikan insiden paip pecah tidak berterusan sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

SPAN dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya sentiasa memantau rapi perancangan setiap operator bekalan air termasuk meluluskan projek penggantian paip di setiap negeri termasuk di Selangor.

Menurut kenyataan itu, program penggantian paip adalah salah satu aspek yang diberi perhatian oleh SPAN dalam semua perancangan Pelan Perniagaan Operator bekalan air.

“Untuk makluman, pada November lalu, SPAN meluluskan Pelan Perniagaan yang dikemukakan Air Selangor yang turut menyenaraikan aktiviti bagi program penggantian paip berjumlah lebih RM500 juta yang akan dilaksanakan oleh Air Selangor dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

“Program penggantian paip yang dirancang itu akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bermula tahun ini hingga 2022 membabitkan penggantian kira-kira 150 kilometer (km) panjang paip agihan setahun dan 4,260 paip penghubung.

“Jumlah panjang paip jenis Asbestos Cement (AC) yang masih digunakan dalam sistem agihan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sekitar 6,205 km atau 21.4 peratus daripada panjang keseluruhan rangkaian paip agihan iaitu 29,044 km,” jelas kenyataan itu.

Menurut SPAN, program penggantian bagi paip yang sudah mencapai usia perkhidmatan maksimum adalah sesuatu yang dirancang secara berjadual oleh setiap operator bekalan air kerana paip ini berisiko tinggi untuk bocor atau pecah yang seterusnya akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna selain turut menyumbang kepada kadar Air Tidak Terhasil (NRW) yang tinggi.

Jelas kenyataan itu, aktiviti menggantikan paip oleh operator akan mengambil masa dan dijalankan secara berperingkat bagi tujuan mengelak gangguan bekalan skala besar.

Justeru, kefahaman dan kesabaran pengguna amat dihargai.

“SPAN akan terus memantau aktiviti operator berdasarkan kelulusan yang diberi untuk pelan-pelan pembangunan dan penambahbaikan terhadap kualiti perkhidmatan supaya keperluan pengguna akan sentiasa dapat diutamakan.

“SPAN juga memohon kerjasama awam untuk menggunakan air secara berhemat dan melaporkan kes yang disyaki melakukan kecurian bekalan air serta sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan sumber air kepada Bahagian Penguatkuasaan SPAN di talian +603 – 8317 9333 atau e-mel ke [email protected],” kata kenyataan itu.

Paip bermasalah diganti secara berjadual - SPAN 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo