Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil dalam satu video meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah video prank yang dihasilkan oleh salah seorang peserta program sehingga menerima kecaman hebat daripada netizen.
Artikel Berkaitan:
Pada video yang tular tersebut, peserta berkenaan dilihat mencampakkan sebiji kek ke muka seorang wanita di sebuah taman permainan dengan alasan hanya mahu menguji kesabaran wanita itu yang juga merupakan seorang ibu kepada anak kelainan upaya (OKU).
Pak Nil yang juga bertindak selaku mentor program Raja Viral tersebut berkata tindakan peserta itu sudahpun melampui batas. Malah dia sebagai Mentor pernah berpesan untuk tidak melakukan konten yang sedemikian.

“Saya tertarik untuk mengulas sebuah video prank yang melampau, Pak Nil selaku mentor kepada peserta tersebut sangat kesal dengan kejadian ini.
“Sebab sebagai mentor saya pernah pesan kepada mereka bahawa prank di Malaysia tidak boleh sama dengan prank yang dilakukan oleh warga di negara lain.
“Kita masih mempunyai tanggungjawab terhadap agama, budaya dan negara. Masih tertakluk kepada tatasusila, itu perkara yang sangat saya utamakan,” terangnya menerusi satu video di TikTok.
@datukaznilnawawi Anak2 dah dibimbing tapi mungkin resam org Muda ni suka belajar dari kepahitan, ha…nilah yg berlaku. Yang tua ini pun kesal perkara camni berlaku.
Beliau turut mengingatkan peserta program supaya jangan buat sesuatu yang boleh merumitkan kejadian. “Kita dah nasihat jangan buat sesuatu yang boleh merumitkan, kan dah jadi sekarang?” tambah Pak Nil.
Pak Nil turut mengulas mengenai objektif utama program tersebut dianjurkan di mana ia bertujuan mahu melahirkan golongan anak muda yang mampu melakukan konten yang berkualiti.
@daing.ellando SITUASI SEBENAR & PERMOHONAN MAAF🥹 #ehhdaing #daingellando #ellando #aeonrajaviral #rajaviral
Peserta berkenaan, Daing Ellando turut telah mengeluarkan video permohonan maaf. Dalam video berkenaan, wanita yang ditekup kek di muka turut berada bersamanya. Dalam video tersebut, beliau mengaku hanya berlakon sebagai ibu yang membawa anak OKU berjalan-jalan.
Dia berkata, niatnya tidak lain tidak bukan hanya mahu membantu anak-anak muda menghasilkan ‘konten berkualiti’ di TikTok.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo