Berita

Palsu cop sempadan: 40 pegawai JIM, 3 ejen dicekup

Palsu cop sempadan: 40 pegawai JIM, 3 ejen dicekup 1

Palsu cop sempadan: 40 pegawai JIM, 3 ejen dicekup 2

Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sekurang-kurangnya 43 individu dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan cop sempadan di Johor dan Selangor siang tadi.

Individu ditahan terdiri daripada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan beberapa orang awam dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam kegiatan itu.

Orang awam terbabit dipercayai bertindak sebagai ejen bagi mendapatkan khidmat cop berkenaan bagi warga asing.

Sumber berkata, kegiatan itu melibatkan pasport warga asing yang dicop di sempadan biarpun pemilik dokumen tidak keluar dari negara ini.

Tangkapan dilakukan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar, Johor melibatkan 10 anggota JIM manakala kira-kira 30 lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi.

Tiga orang awam dipercayai sebagai orang tengah ditahan di Johor Bahru.

SPRM dijangka akan mendapatkan perintah reman terhadap semua yang ditahan esok.

Palsu cop sempadan: 40 pegawai JIM, 3 ejen dicekup 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo