Berita

Pandu lawan arus, reman 3 hari


Tapah: Lelaki berusia 34 tahun yang cuba melarikan diri dari Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Sungkai dengan memandu secara lawan arus sejauh 1.4 kilometer sehingga menyebabkan kemalangan direman tiga hari bermula hari ini.

Majistret Mahkamah Tapah, Mohd Harith Mohd Mazlan mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam insiden Rabu lalu, lelaki itu memandu kereta Perodua Axia dalam perjalan dari Klang, Selangor ke kampungnya di Bidor, Perak untuk menyambut Deepavali.

Bagaimanapun, sebaik menyedari terdapat Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Sungkai, lelaki itu memandu secara lawan arus dari susur keluar plaza tol menghala ke selatan di sebelah kanan arah utara.

Bagaimanapun tindakannya itu mengundang padah apabila kenderaan yang dinaikinya terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 355.4 Lebuh Raya Selatan (PLUS) arah utara.

Berita berkaitan

Lawan arus 1.4 km sebelum langgar kereta, lori [METROTV]



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo