Artikel Terkini

Panjat saluran paip, duduk tepi tingkap demi pantau ibu yang dijangkiti COVID-19

Panjat saluran paip, duduk tepi tingkap demi pantau ibu yang dijangkiti COVID-19 1

Panjat saluran paip, duduk tepi tingkap demi pantau ibu yang dijangkiti COVID-19 2

Panjat saluran paip, duduk tepi tingkap demi pantau ibu yang dijangkiti COVID-19 3

HEBRON: Seorang lelaki sanggup memanjat tingkap sebuah hospital demi mahu memastikan ibunya yang dijangkiti COVID-19, mendapat penjagaan dan perhatian sebaik mungkin.

Foto dan video Jihad Al- Suwaiti duduk di tepi tingkap hospital tular dan menyentuh hati pengguna media sosial.

Lelaki berusia 30 tahun dari Hebron, Palestin itu dilaporkan berada di situ selama berjam-jam setiap hari, sehinggalah ibunya, Rasma Salama, menghembuskan nafas terakhir, Khamis lalu.

“Dia memanjat saluran paip untuk membolehkan dia memantau ibunya yang di tempat di tingkat dua hospital ini.

“Dia menghabiskan hampir keseluruhan harinya di situ, memerhatikan keadaan ibunya dari luar tingkap, sebelum turun apabila yakin ibunya sudah tidur lena,” kata seorang pegawai hospital seperti yang dilaporkan portal berita Al Araby.
Abang Jihad, Rasmi, memberitahu media, biarpun dilarang berbuat demikian oleh pihak hospital atas faktor keselamatan, adiknya itu tetap berdegil. “Jihad anak bongsu dan memang rapat dengan ibu, apatah lagi selepas kematian bapa kami 15 tahun lalu.

“Ibu menghidap leukimia dan disahkan dijangkiti COVID-19 beberapa minggu lalu. Ketika dimaklumkan tentang kematian ibu, Jihad marah dan tidak percaya.

“Tetapi kini dia nampaknya sudah boleh terima kenyataan,” ujar Rasmi.



Panjat saluran paip, duduk tepi tingkap demi pantau ibu yang dijangkiti COVID-19 2

Source link