Berita

Parti Suu Kyi menang besar

Parti Suu Kyi menang besar 1

Parti Suu Kyi menang besar 2

Yangon: Parti pimpinan Aung San Suu Kyi, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) menang besar selepas memperoleh majoriti mutlak dalam Pilihan Raya Umum Myanmar.

Parti itu sudah mengumumkan kemenangan itu yang menyaksikan penyokongnya meraikan kemenangan itu di jalan raya.

Ia meskipun pengiraan masih berlangsung.

Berdasarkan suruhanjaya pilihan raya negara itu, NLD memperoleh 346 kerusi, lebih 50 peratus untuk kerusi Parlimen.

Ia selepas ditolak satu pertiga kerusi yang diperuntukkan untuk tentera seperti yang termaktub dalam perlembagaan Myanmar.

Parti pembangkang yang mempunyai hubungan dengan tentera, Parti Kesatuan Perpaduan dan Pembangunan (USPD) hanya meraih 25 kerusi, sehingga Jumaat.

Parti pembangkang menuduh bahawa berlaku ketidakadilan dalam proses pilihan raya dan mendesak pengundian semula.

Dalam pada itu, kumpulan berhaluan kanan juga mengkritik dengan mendakwa pilihan raya itu meminggirkan hak etnik Muslim Rohingya untuk mengundi.

Reputasi Suu Kyi tercalar di peringkat antarabangsa berhubung pendirian Myanmar dalam isu penindasan etnik Muslim Rohingya.

Ramai daripada etnik itu kini hidup dalam pelarian di kem di Bangladesh dan dilucutkan hak kewarganegaraan di negara sendiri.

Bagaimanapun, isu itu tidak menjadi halangan kepada pemimpin wanita ini dan beliau amat disegani di dalam negaranya.

NLD pimpinan Aung San Suu Kyi sebelum ini memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada 2015.

Parti Suu Kyi menang besar 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo