Artikel Terkini

PAS tuntut peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen

PAS tuntut peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen
PAS tuntut peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen 1

PAS tuntut peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen
Khairil Nizam Khirudin berkata, sekiranya ingin mewujudkan kerjasama baik antara kerajaan dan pembangkang, perkara asas ialah peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen.

PETALING JAYA: PAS menuntut kerajaan perpaduan memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen, termasuk wakil pembangkang.

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, tuntutan itu selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-15.

“Dalam perbahasan Dewan Negara sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) ada kemukakan hujah sekiranya ingin mewujudkan kerjasama baik antara kerajaan dan pembangkang, perkara asas yang perlu diutamakan ialah pemberian peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen secara menyeluruh.

“Kami melihat hubungan simbiotik antara pembangkang dan kerajaan perlu dilaksanakan dengan telus, tanpa syarat seperti yang diamalkan ketika pemerintahan kerajaan PN mahupun kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Jerantut itu berkata, tuntutan berkenaan merupakan satu daripada empat kriteria yang diutamakan PN sebagai pembangkang melalui pendekatan konstruktif, kolaboratif, bertanggungjawab dan setia.

“Empat kriteria yang PN janjikan kepada rakyat penting bagi kepercayaan yang telah diberikan kepada kami.

“Janji ini akan ditunaikan melalui perbahasan lebih efektif, membina, membangun polisi-polisi yang menguntungkan rakyat dan mestilah jujur dalam tanggungjawab sebagai suara rakyat.”

Katanya, agenda transformasi institusi Parlimen seperti pemerkasaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan jawatankuasa lain wajib diutamakan bagi memastikan pentadbiran kerajaan berasaskan integriti dan kepentingan rakyat, menolak budaya rasuah, kronisme serta monopoli.

“PN akan memastikan empat pendekatan ini dilaksanakan dengan efektif untuk kami memainkan peranan semak dan imbang yang berkesan dan menguntungkan rakyat dan negara.”

Selasa lalu, Khairil dilaporkan berkata, PN sedang menyusun “Kabinet bayangan” untuk menjadi semak dan imbang kepada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Katanya, selain memberi sokongan kepada Kabinet, pembangkang juga boleh memainkan peranan penting dalam menggerakkan agenda transformasi Parlimen.


PAS tuntut peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo