Berita

Pasaran hartanah pulih berperingkat | Harian Metro

Pasaran hartanah pulih berperingkat | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Sektor hartanah dijangka kembali mencatat pertumbuhan pada separuh kedua tahun ini selepas ekonomi Malaysia mula pulih dan program vaksinasi secara besar-besaran mula dilaksanakan.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, pasaran hartanah dijangka kembali pulih secara berperingkat pada tahun ini dipacu oleh gambaran ekonomi yang lebih baik dan persekitaran kadar faedah yang rendah.

“Ini dapat dilihat daripada keputusan terbaru Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus berikutan bank pusat itu melihat pemulihan yang berterusan dalam ekonomi global.

“Bagaimanapun, risiko tetap ada dalam persekitaran yang tidak menentu berikutan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, peningkatan jualan dalam pasaran hartanah juga dijangka berlaku pada separuh pertama 2021 berikutan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang akan tamat pada 31 Mei depan.

“Berdasarkan dapatan Kajian Sentimen Pengguna Separuh Pertama 2021 yang kami jalankan, ia menyaksikan peningkatan dalam indeks sentimen hartanah, daripada 39 mata (separuh kedua 2020) kepada 42 mata (separuh pertama 2021).

“Faktor penyumbang termasuk kepuasan pasaran hartanah semasa, jangkaan positif terhadap persekitaran hartanah, persekitaran kadar faedah yang memuaskan, gambaran positif usaha kerajaan dan jangkaan harga yang memuaskan.

“Walaupun terdapat sedikit peningkatan sentimen, rakyat Malaysia masih berhati-hati dalam pembelian hartanah dengan 42 peratus mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan harapan akan wujud tawaran yang lebih baik pada masa depan.

“Ramai yang menjangka harga rumah akan terus turun kerana pemaju mengubah suai strategi harga mereka dengan melancarkan lebih banyak rumah mampu milik,” katanya.

Pasaran hartanah pulih berperingkat | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo