Berita

Pasukan Liga M boleh rentas negeri

Pasukan Liga M boleh rentas negeri 2

Kuala Lumpur: Jika tiada perlawanan persahabatan apalah ertinya persediaan pasukan Liga Malaysia (Liga M) menjelangnya aksi sepak mula liga yang hanya berbaki tidak sampai sebulan saja lagi.

Namun kebimbangan mereka itu akhirnya didengari pihak berkaitan apabila pasukan Liga M akhirnya diberikan lampu hijau untuk mengadakan perlawanan persahabatan termasuk kebenaran merentas negeri dalam tempoh terdekat ini.

Khabar gembira itu dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan yang memaklumkan pasukan dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.

“Kelulusan perlawanan persahabatan dan latihan turut membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah bagi perlawanan persahabatan itu yang mana pasukan harus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri masing-masing untuk tujuan berkenaan.

“Kebenaran ini seharusnya diiringi dengan disiplin tinggi oleh pemain dan pegawai pasukan supaya mereka tidak dijangkiti pandemik berkenaan sekali gus akan menyusahkan banyak pihak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, keputusan Liga M untuk bermula pada 5 Mac depan adalah demi kepentingan aksi domestik.

Keputusan itu dicapai selepas mendapat pandangan dan persetujuan daripada rakan kongsi liga menerusi mesyuarat dalam talian bersama ketua pegawai eksekutif kelab.

Menurutnya, keputusan sepak mula Liga M pada 5 Mac itu juga adalah langkah terbaik pada masa ini demi memberikan laluan kepada pasukan kebangsaan yang bakal beraksi untuk kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di samping survival industri bola sepak tempatan.

“Perkara berhubung sepak mula Liga Malaysia bermula 5 Mac 2021 adalah keputusan relevan buat masa ini dan perkara ini telah mendapat sokongan daripada setiap wakil kelab ketika mesyuarat dalam talian bersama CEO kelab semalam.

“Untuk makluman, pasukan negara meminta supaya membuat persiapan akhir dengan mengadakan sesi latihan pusat pada bulan depan selepas perlawanan kelayakan dijangka dipinda ke Jun depan. Ini penting memandangkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe sudah setahun tidak berlatih bersama.

“Perjuangan pasukan kebangsaan adalah agenda nasional di mana wakil kelab berasa bertanggungjawab dalam memastikan Harimau Malaya berada dalam landasan terbaik untuk mendapat slot automatik ke pentas Piala Asia 2023.

“Kedua, MFL komited untuk menamatkan kempen liga dengan perlawanan penuh (22 perlawanan) di mana kami tidak mahu mengambil risiko yang akan memberikan kesan kepada penajaan selain langkah mengurangkan perlawanan atau membatalkan kejohanan lain seperti Piala Malaysia atau Piala Cabaran terpaksa diambil jika kalendar Liga Malaysia bermula lebih lambat,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Pasukan Liga M boleh rentas negeri 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo