Infotainment

Patah Tulang Peha Dan Pinggul, Mangsa ‘Langgar Lampu Merah’ Kongsi Pengalaman Selepas Kemalangan

Patah Tulang Peha Dan Pinggul, Mangsa 'Langgar Lampu Merah' Kongsi Pengalaman Selepas Kemalangan 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Walaupun kita sentiasa berjaga dan berhati-hati semasa membawa kenderaan, pasti akan ada pengguna jalan raya lain yang lalai dan tidak peka sehingga mendatangkan kemalangan kepada orang ramai.

Setelah hampir setahun berulang-alik antara kawasan Mengkibol-Kluang, pada 16 Oktober lalu merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh Omar dan rakan-rakannya setelah terlibat dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan mereka semua mengalami kecederaan.

Pada hari semalam, mangsa telah berkongsi keadaan serta beberapa gambar terkini setelah beberapa hari insiden yang menimpa pada dirinya melalui bebenang ciapan di Twitter.

“Pada waktu itu kami dari site project dalam perjalanan ke kedai makan untuk makan tengah hari. Ketika waktu itu ada 5 orang di dalam kereta yang kami naiki. Saya duduk di tengah-tengah tempat duduk belakang,” terang Omar semasa memulakan temu ramah dengan The Vocket.

Semasa menghampiri persimpangan lampu isyarat Taman Muhibbah Kluang, secara tiba-tiba ada sebuah kereta Toyota Camry meluru masuk simpang yang menyebabkan pemandu Nissan Almera terpaksa menekan brek mengejut, namun masih gagal untuk mengelak kereta Camry tersebut sehingga berlakunya perlanggaran.

Impak perlanggaran tersebut menyebabkan Nissan Almera telah total lost, Omar mengalami patah tulang peha dan pinggul, serta tulang peha terkeluar dari pinggul. Ada rakannya mengalami patah tulang rusuk, manakala yang lain pula mengalami kecederaan ringan.

Sejurus kemalangan, Omar dibawa ke Hospital Kluang untuk ‘menarik dan meletakkan semula’ posisi kaki ke pinggulnya. Dia ditahan di wad selama sehari sebelum dipindahkan ke KPJ Ampang Puteri.

“Saya masih tidak dapat lagi berjumpa dengan pemandu Camry yang melanggar lampu merah itu.

“Tetapi saya sudah baca laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu tersebut. Dia mendakwa lampu isyarat lorongnya menunjukkan warna hijau ketika kejadian,” jawab Omar setelah ditanya mengenai keadaan pemandu Camry tersebut.

Tambahnya lagi, rakan sekerja memberitahu Omar yang pemandu Camry tersebut mengalami bengkak kecil pada kakinya, manakala seorang lagi penumpangnya pula mengalami kecederaan luka pada bahagian mulut.

Pemandu Camry itu telah membuat laporan polis dan telah disaman sebanyak RM300. Pihak polis turut memaklumkan kepada rakan sekerja Omar yang lokasi tersebut memang ‘kawasan panas’ selalu berlakunya kemalangan.

Ketika ini Omar perlu tinggal di wad selama tiga minggu untuk pulih daripada kecederaan dan akan melakukan rawatan fisioterapi untuk berjalan seperti biasa semula.

Insiden itu telah meraih perhatian ramai dan pengguna Twitter mendoakan kesembuhan buat Omar dan juga rakan-rakan yang lain. Netizen juga meminta agar kes itu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan pelbagai tuntutan ganti rugi atas kecuaian pemandu Toyota Camry tersebut.

Omar juga memesan kepada ramai agar memasang dashcam hadapan yang berkualiti sebagai satu ‘alat bantuan’ merakam bukti apabila berlaku insiden yang kita tidak diingini, sebab akan ada orang yang akan cuba menipu dan memutar-belit apabila bersalah.

Pada masa sama dia menyeru agar melengkapkan diri dengan perlindungan insurans yang boleh membantu di saat susah kerana malang itu tidak berbau dan adalah lebih baik sekiranya pihak syarikat turut mempunyai perlindungan insurans untuk pelihara kebajikan pekerjanya.

“Saya sudah berkerja hampir setahun di Mengkibol-Kluang dan saya perhatikan ramai pengguna jalan raya di sana memandu dalam keadaan agak berbahaya.

“Jika anda ke kawasan tersebut tolong berhati-hati dan penduduk di sekitar kawasan tersebut tolong ambil kes ini sebagai pengajaran. Tidak ada yang mahu terlibat dalam kemalangan dan saya percaya anda tidak mahu juga,” tambah Omar sebelum mengakhiri perbualan bersama The Vocket.

Ketika artikel ini ditulis, masih ramai rakyat Malaysia tidak putus-putus menghantar ciapan dan private message mendoakan semoga Omar dan rakan-rakan terus kuat dan kembali pulih seperti biasa.

Orang ramai bimbang dengan keselamatan jalan raya di Ulu Yam apabila segelintir pemandu menggunakan laluan tersebut sebagai ‘litar’ untuk menguji kenderaan mereka. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Kemalangan Berlaku Lagi, Netizen Bimbang Dengan Keselamatan Jalan Di Ulu Yam

Seperti ‘Jarvis’ Dalam Filem Iron Man, Dashcam Canggih Ini Curi Tumpuan Netizen

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol


Patah Tulang Peha Dan Pinggul, Mangsa 'Langgar Lampu Merah' Kongsi Pengalaman Selepas Kemalangan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo