Artikel Terkini

Peguam didakwa lagi, gubah wang haram RM937,000

Peguam didakwa lagi, gubah wang haram RM937,000
Peguam didakwa lagi, gubah wang haram RM937,000 1

SHAH ALAM – Seorang peguam didakwa lagi di Mahkamah Sesyen hari ini atas tujuh pertuduhan kes pengubahan wang haram bernilai RM937,000, lima tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Zawahid Ya, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Berdasarkan semua pertuduhan, Mohd. Zawahid didakwa mengeluarkan cek berjumlah RM937,000 daripada akaun sebuah bank milik Tetuan Mohd. Zawahid & Co ke beberapa akaun bank milik tertuduh, syarikat dan individu lain.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank cawangan The Strand, Petaling Jaya pada 14 hingga 30 Ogos 2017.

Pendakwaan kes dijalankan mengikut perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mana-mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffrey Ong mencadangkan jaminan berjumlah RM4,000 bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh yang diwakili peguam Dir Kheizwan Kamarudin menganggap kos itu sebagai munasabah biarpun agak berat.

Emilia Kaswati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin keseluruhan sebanyak RM28,000 dan pasport turut diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Januari depan.

Kosmo! 28 Jun lalu melaporkan Mohd. Zawahid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pecah amanah berjumlah RM1.52 juta bagi pembelian hartanah pada 2017. – KOSMO! ONLINE


Peguam didakwa lagi, gubah wang haram RM937,000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo