Infotainment

Pelakon Bollywood Dipukul Anak Kandung Sampai Mati, Mayat Dihumban Ke Dalam Sungai

Pelakon Bollywood Dipukul Anak Kandung Sampai Mati, Mayat Dihumban Ke Dalam Sungai
Pelakon Bollywood Dipukul Anak Kandung Sampai Mati, Mayat Dihumban Ke Dalam Sungai 1

Pelakon Bollywood Dipukul Anak Kandung Sampai Mati, Mayat Dihumban Ke Dalam Sungai

Misteri kehilangan pelakon veteran Bollywood, Veena Kapoor akhirnya terungkai selepas mayatnya ditemui di dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.

Maut dipukul anak kandung

Pelakon Bollywood Dipukul Anak Kandung Sampai Mati, Mayat Dihumban Ke Dalam Sungai 3

Suspek, Sachin Kapoor

Menurut sumber, mangsa yang berusia 74 tahun dibunuh oleh anak lelakinya sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai yang terletak kira-kira 90 kilometer dari rumah mangsa. Suspek dipercayai bertindak kejam dengan memukul mangsa menggunakan kayu besbol hingga mati hanya disebabkan harta. Difahamkan, suspek sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS) dan kini telah pulang ke tanah air, India.

Susulan daripada laporan yang diterima berhubung kehilangan mangsa, pihak polis mula menjalankan siasatan yang akhirnya membawa kepada penahanan suspek, Sachin Kapoor, 43. Ketika disoal siasat, suspek mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah bernilai RM6.4 juta. Polis turut menahan seorang individu yang dipercayai bersubahat dengan suspek iaitu Chhotu atau nama sebenarnya Lalu Kumar Mandal, 25. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber: Zee News, Times of India

Pelakon Bollywood Dipukul Anak Kandung Sampai Mati, Mayat Dihumban Ke Dalam Sungai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo