Artikel Terkini

Pelbagai perancangan Dr Zaliha untuk perkhidmatan kesihatan

Pelbagai perancangan Dr Zaliha untuk perkhidmatan kesihatan
Pelbagai perancangan Dr Zaliha untuk perkhidmatan kesihatan 1

PUTRAJAYA – Penempatan doktor siswazah, hala tuju pakar serta perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan memenuhi keperluan rakyat, merupakan antara isu yang mahu diberikan perhatian oleh Menteri Kesihatan yang baharu Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata isu lain yang turut perlu diberikan perhatian ialah berkaitan golongan marginal, infrastruktur dan pelbagai keperluan kesihatan dan hospital, kesihatan mental dan perbekalan ubat-ubatan.

“Sudah pasti keutamaan terdekat ialah meneliti persiapan Bajet 2023, yang akan dibentang pada sidang Parlimen bermula 19 Dis ini. Mudah-mudahan sektor kesihatan akan diberikan peruntukan yang menyeluruh dan memenuhi keperluan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap penjawat awam dan pakar pengamal perubatan, memberi sokongan kepada beliau untuk menjayakan setiap perancangan Kementerian Kesihatan.

Anak kelahiran Johor itu berkata pengalaman, kepakaran dan kecekalan penjawat awam serta pengamal perubatan, amat diharapkan agar sektor kesihatan negara ini mampu menyaingi perkhidmatan kesihatan negara-negara maju.

“Ini suatu amanah besar yang diberikan kepada saya, taklifan sebagai Menteri Kesihatan pada sesi ini. Alhamdulillah petang ini telah selesai istiadat angkat sumpah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya yakin Kementerian Kesihatan amat penting, kerana menjadi fokus utama rakyat Malaysia khususnya dalam era pasca pandemik COVID-19,” katanya

Ahli Parlimen Sekijang yang dilahirkan pada 28 Jun 1964 itu, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, bersama dua Timbalan Perdana Menteri dan 24 menteri Kabinet selepas diumumkan sebagai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Dr Zaliha turut menyifatkan portfolio kesihatan sebagai sesuatu yang dekat di hatinya yang mempunyai pendidikan dalam bidang perubatan dan memulakan kerjaya dalam bidang itu pada 1989 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

“Alhamdulillah Perdana Menteri ke-10 (Anwar) telah mendengar luahan akar umbi dan rakyat agar portfolio ini disandang oleh seorang pengamal perubatan dan perkara ini telah pun ditunaikan,” katanya.

Susulan dihujani pelbagai cadangan pembaikan sektor kesihatan selepas diumum memegang jawatan tersebut, beliau berkata ia merupakan petanda yang baik bahawa rakyat negara ini memberi perhatian besar terhadap perkhidmatan kesihatan yang menjadi keperluan asas semua golongan.- BERNAMA

Pelbagai perancangan Dr Zaliha untuk perkhidmatan kesihatan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo