Artikel Terkini

Pele meninggal dunia di usia 82 tahun

Pele meninggal dunia di usia 82 tahun
Pele meninggal dunia di usia 82 tahun 1

SAO PAULO – Legenda bola sepak Brazil, Pele yang merupakan salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman meninggal dunia pada usia 82 tahun pada Khamis  lapor CNN.

Bekas penyerang itu mengalami masalah pernafasan dan komplikasi yang berkaitan dengan kanser kolon.

Pada minggu lalu, pihak hospital berkata, kesihatannya semakin teruk apabila kansernya semakin meningkat.

Dia meninggal dunia  akibat kegagalan beberapa organ berikutan madalah  kanser kolon, menurut kenyataan dari Hospital Albert.

“Kami sayang anda tak terhingga. Rehat dengan tenang,” kata seorang anak perempuannya, Kely Nascimento di catatan Instagram.

Menurut Sky Sports, satu mesej daripada akaun Twitter rasmi Pele menyatakan: “Inspirasi dan cinta menandakan perjalanan Raja Pelé yang meninggal dunia dengan aman hari ini. Cinta, cinta dan cinta, selama-lamanya.

Pele yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang masa  dengan 77 gol dalam 92 perlawanan menjadi ikon permainan selepas memenangi Piala Dunia pada  tahun 1958 ketika berusia 17 tahun, menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir untuk menewaskan tuan rumah Sweden.

Pele atau nama sebenarnya, Edson Arantes do Nascimento berasal daru keluarga miskin di Sao Paulo memenangi Piala Duni pada tahun 1958, 1962 dan 1970 bersama Brazil.

Kecederaannya menyekat sumbangannya kepada kejayaan Brazil pada  Piala Dunia pada tahun 1962 di Chile.

Namun,  dia menjadi pemain kejohanan itu lapan tahun kemudian ketika Brazil menjadi salah satu pasukan terhebat sepanjang masa dan menjulang trofi Piala Dunia di Mexico hasil kemenangan 4-1 ke atas Itali yang mana Pele menjaringkan gol pembukaan. – Agensi


Pele meninggal dunia di usia 82 tahun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo