Berita

Pemain bimbang beraksi, batalkan sahaja – Ismail

Pemain bimbang beraksi, batalkan sahaja - Ismail 1

Pemain bimbang beraksi, batalkan sahaja - Ismail 2

Kuala Terengganu: “Pandangan saya pemain pun bimbang nak main jika perlawanan Piala Malaysia diteruskan kerana ia berbahaya sebab membabitkan sentuhan sebagaimana yang dimaklumkan kementerian kesihatan.

“Jadi walaupun sukar untuk membuat keputusan, batal saingan itu adalah jalan terbaik dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) perlu membuat keputusan segera berhubung status terkini saingan Piala Malaysia bagi memudahkan pasukan untuk mengurus,” ujar jurulatih berpengalaman, Ismail Zakaria.

Semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak rayuan MFL bagi meneruskan baki saingan Piala Malaysia yang kini memasuki aksi suku akhir dengan alasan kesannya cukup besar kepada mereka yang terbabit berkaitan pandemik Covid-19.

Pada April lalu, bekas pengendali UiTM itu sudah menyarankan saingan piala berprestij itu dibatalkan berikutan wabak pandemik berkenaan dan hanya saingan liga diteruskan.

“Bagi saya ketika ini semua pihak yang terbabit juga perlu berkorban dalam apa jua aspek kerana wabak pandemik ini tidak boleh diambil mudah, kita perlu sedar dan terima ini dugaan kepada semua.

“Semua pihak yang terbabit juga perlu akur dan reda demi keselamatan mereka dan keluarga, lagipun saya tak nampak saingan dapat diteruskan dengan masa semakin suntuk selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) menolak rayuan MFL kerana kesannya bahaya kepada mereka yang berkenaan.

“Satu lagi jika tidak batal dan dilanjutkan sehingga Disember, ianya memberi kesan kepada pasukan kerana kontrak pemain bakal berakhir pada hujung bulan ini.

“Jadi siapa nak bayar gaji mereka jika dilanjutkan sehingga Disember? Bukan dalam jumlah yang sedikit.. penaja pun saya rasa tidak sanggup lagi untuk menampung kewangan.. dahlah stadium kosong tanpa penonton.. jadi sudah tentu penaja pun juga terkesan.

“Jadi lebih baik batal saja saingan Piala Malaysia ini dan semua pasukan boleh tumpu untuk persiapan musim depan yang boleh diawalkan pada Januari.

“Jika setuju dibatalkan sebelum berakhir bulan ini, pemain serta pihak pengurusan boleh berbincang secara menang-menang bagi mengelak ada pihak teraniaya, tapi yang penting pemain perlu faham situasi sekarang dan menerimanya dengan hati yang terbuka,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Pemain bimbang beraksi, batalkan sahaja - Ismail 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo